Powered By Blogger

Sunday, 3 November 2013

"Budaya membaca mantapkan fikrah"





"apa bahan bacaan kita hari ini ikhwah/at sekalian ? 

sekurang-kurangnya usaha satu buku untuk dihabiskan dalam seminggu dan ketika membaca perlu adanya pen dan buku catatan untuk mencatat isi-isi penting dan segala persoalan yang tidak terjawab boleh merujuk kepada mereka yang pakar, jangan mengharapkan murabbi/ah untuk suapkan kita setiap masa"

Antara kaedah bacaan yang boleh diamalkan :

1) baca isi kandungan sepintas lalu untuk dapatkan gambaran awal

2) mula dari awal buku dan elakkan pilih bab-bab tertentu sahaja kerana selalunya penulisan ditengah adalah kesinambungan dari hadapan.

3) niatkan untuk membaca sehingga habis dan tetapkan masa.

4) baca secara pantas dan catatkan isi-isi penting ditepi buku atau dalam nota.

5) pastikan tidak ada setiap hari yang dilalui tanpa tidak membaca.

6) catatkan isi penting dan buat sedikit rumusan untuk tingkatkan kefahaman.

7) kaitkan bahan bacaan dengan isu-isu semasa terkini.

 8) kenali penulis dan cara penulisannya.

9) cuba pratik/amalkan apa yang dibaca dan buktikan sendiri hasilnya.

10) akhir sekai kongsikan dengan rakan-rakan dalam perbincangan usrah,halaqah,ta'lim,kuliah,tazkirah,ceramah,forum,pidato,blog,artikel, vlog,kertas kerja atau sebagainya.

selamat mencuba 


Tujuan Tarbiyah dalam Dakwah: Mustafa al-Masyhur



1.   Tashawwur al Islam Al Waadhih (Gambaran Islam yang jelas)
Tujuan tarbiyah adalah menggambarkan Islam dengan jelas. Tarbiyah memberikan gambaran Islam dengan benar (shahih) menyeluruh (syamil), sehingga menjadi Islam sebagai pedoman hidup (minhajul hayah). Islam benar dan menyeluruh pada semua aspek kehidupan, tidak hanya ritual, Islam tidak hanya mengatur akidah dan ibadah, mencakupi juga ideologi, politik, ekonomi, budaya, dan masyarakat. Allah SWT menciptakan manusia dengan aturan yang lengkap dan jelas. Kerana itu Islam dijadikan pedoman hidup. Untuk menjaga gambaran pemahaman Islam yang benar dilakukan melalui tarbiyah, dakwah, dan jihad. Dengan menjaganya berarti menjadikannya sebagai pedoman hidup.

2.       At Tafaa’ul (Interaksi)
Tujuan tarbiyah adalah agar mampu melakukan interaksi dengan Islam baik ke dalam (ad daakhili) yang meliputi: keyakinan (I’tiqad) yang membentuk dasar hidup, pemikiran (al fikru) yang membentuk persepsi (fikrah), perasaan (as syu’ur) yang membentuk rasa (dzauq); di mana ketiga tersebut menghasilkan kemahuan yang kuat (al ‘azam); sedangkan interaksi dengan Islam secara ke luar (al Khaariji) meliputi: penampilan (as simaat) yang membentuk sikap (al mauqif), tingkah laku (as suluuk) membentuk amal (al ‘amal) yang keduanya mencerminkan akhlak yang baik (al Khulq salim) sehingga mewujud sebagai keperibadian muslim (syakhsiyatul Islamiyah). Melalui tarbiyah diberi tugas berupa ibadah dan amal soleh sehingga Islam tidak hanya teori tetapi dilaksanakan sehingga melahirkan izzah di dalam diri. Tarbiyah sangat penting dalam memberikan latihan (tadrib) sehingga membetuk sikap dan amal Islam, yaitu dengan latihan menghafal al Qur’an, hadits, membaca Al Qur’an, shalat  malam, puasa sunnah, shalat berjamaah, sosial kemasyarakatan, olah raga, dll sehingga memunculkan kepribadian muslim.

3.       Al Harakah (Pergerakan)
Tujuan tarbiyah berikutnya adalah pergerakan (harakah) yang meliputi dua bentuk yaitu peningkatan (tarqiyah) dan perluasan (tausi’ah) .Peningkatan harakah dilakukan dengan peningkatan teori (nazharyiah) dan moral (ma’nawiyah) sehingga boleh meningkatkan kapasiti harakah (raf’al mustawa). Hal ini dilakukan dengan tarbiyah imaniyah dan praktik (tadrib) membiasakn belajar dan mengamalkan Islam, sehingga menghasilkan kapasiti harakah, dengan berbekal taqwa. Perluasan harakah dilakukan dengan perluasan dakwah (al munawarah), pembinaan kader (bina ar rijal), pengembangan struktur (thanzimiyah) sehingga dapat memegang kendali dakwah (saytharah ad da’wah).Hasilnya adalah pergerakan yang produktif (muntijah)

4.       At Tajribah (Pengalaman)
Tujuan tarbiyah adalah adanya pengalaman yang meliputi pengalaman melaksanakan (tathbiqiyah) dan mengatasi masalah-masalah dakwah (al qadhaya at tathbiqiyah), sehingga tercapainya kekuatan pengalaman (quwatul khibrah). Sunnah dakwa adalah cobaan, tantangan, dan fitnah. Kematangan dakwah, kepribadian, individu dan kesiapan menyongsong kemenangan dakwah sangat tergantung sejauh mana keterlibatan dalam dakwah.

5.       Al Mas’uuliyah (TanggungJawab)
Tujuan tarbiyah adalah memunculkan rasa tanggungjawab dari segi syariah dan struktur yang diperlukan dalam peningkatan tanggung jawab syariat (as syar‘iyah) adalah kepada Alloh SWT dan di dasarkan pada fikih hukum (fiqh al ahkam), sedangkan tahapan dakwan berikutnya; tanggung jawab struktur (at thanzimiyah) adalah kepada organisasi (jamaah) berdasarkan fikih dakwah (al fiqh ad da’wah)

6.       Al Kafaa’ah (Kemampuan)
Tarbiyah bertujuan melakukan pengembangan kemampuan (kafaah) yaitu melalui dakwah, ilmiyah, dan faniyah (kemahiran). Pengembangan ini diuruskan oleh struktur dan dapat dilaksanakan di dalam struktur sehingga membentuk kepakaran dan kehebatan. Tarbiyah memang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya takkan boleh diraih kecuali melalui tarbiyah.


(Dr. Mustafa Masyhur)

Friday, 1 November 2013

"Saya Pemimpin Ummah "


" langkahmu selanjutnya dalam hijrah menuju Allah ialah dengan mengembangkan usahamu memperkatakan kebenaran,pergilah kepada org ramai,pimpinlah mereka,tunjukkan contoh teladan,pandu dan bimbing mereka menuju kepada Allah,ulangi sejarah kegemilangan salafussoleh,mereka adalah pemimpin ummah,tampil ke hadapan untuk membimbing manusia,sehingga sedikit demi sedikit mengasihi dan mengikut jejak langkah mereka.Ilmu mereka tidak meletakkan mereka hanya di bilik,mereka turun ke medan,memimpin masyarakat membuat pndirian dan sikap politik dalam kehidupan"

-Abu Ammar-


"Berbicaralah walaupun payah"


"selagi ikhwah tak bisu belajarlah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling kerana mereka sebenarnya mahu melihat cara kita menyampaikan sesuatu informasi dengan jelas dan yakin bukan semata-mata kandungan informasi tersebut ."

Antara tip berkomunikasi :

1) bahasa yang mudah difahami
2) kawal emosi ketika berbicara
3) diselitkan dengan fakta dan hujah 
4) banyakkan membaca,mengkaji dan meniliti pelbagai sumber maklumat.
5) ada cara tersendiri untuk menarik perhatian pendengar
6) cakna isu-isu semasa 
7) interaksi dua hala
 8) melihat mata-mata yang bersungguh mendengar penyampaian kita.
9) intonasi dan nada yang berbeza mengikut keadaan
10) elakkan mengguna kata-kata kesat 
11) selitkan persoalan untuk membuat pendengar berfikir
12) disampaikan dalam bentuk "point form" untuk pendengar mudah tangkap isi-isi penting.
13) gaya tangan dan mimik muka tersendiri.
14) buat persediaan sebelum hari kejadian supaya keadaan lebih teratur dan berjalan lancar.
15) rakam dan dengar balik supaya kita mampu buat yang terbaik untuk akan datang.
16) " practise make prefect"
17) letakkan tajuk apa yang kita nk smpaikan supaya orang mudah ingat isi-isi penyampaian kita.

" komunikasi yang berkesan apabila al-akh tu melaksanakan dan mengamalkan apa yang ingin disampaikan kemudian menjaga hubungan dengan Allah s.w.t idan mengikut segala suruhanNya InsyaAllah pasti masyarakat terkesan dengan kata-katanya walaupun dia bukanlah seorang yang mahir dalam berbicara"

"Da'ie berstatus Robot"


"apabila manusia diprogramkan untuk dakwah kadang-kadang dia sekadar menurut arahan sahaja tanpa ada kefahaman dan berfikir dalam melaksanakan tugas dan akhirnya dia akan tercicir kerana letih dan terbeban dengan segala paksaan dan arahan, robot dakwah juga terlalu bergantung tanpa menyumbang apa-apa pun dalam dakwah,segala bahan fikrah hanya menunggu untuk disuapkan tanpa perlu berusaha untuk membaca dan memahaminya , tanpa ikhwah disisi dia akan layu dan futur, apabila dicampak ke medan lain dia tidak lagi mampu bergerak dan akhirnya kembali kepada diri sebelum bersama dakwah"

bukti kefahaman kita dengan menzahirkan melalui amal dan tindakan selama kita berada di jalan ini hingga akhirnya kita dijemput menghadapNya.

masa kita sangat terhad, fikirkan cara untuk lakukan yang terbaik seblum dijemput, lihat kepada pencapaian mereka yang bersungguh-sungguh dalam arena ini, berusaha untuk saingi mereka dan keluar dari kepompong keselesaan.

peringatan untuk diri : cakap senang nak buat tu yang payah tu..

Thursday, 31 October 2013

" Membentuk pemuda-pemuda Islam "



Apakah matlamat kita mempersiapkan pemuda-pemuda islam hari ini?

1) Adakah hanya membina menjadi pemuda soleh?
2) Adakah sekadar menjadikannya hebat dalam fikrah islam?
3) Adakah sekadar boleh menjalankan dakwah sekadar melepaskn btuk di tngga?
4) Adakah cukup dia bersama dalam jemaah dakwah?

Kita bebas memilih apa matlamat yg kita inginkan tetapi pada hari ini matlamat utama persiapan pemuda islam adalah dengan melaksanakan matlamat tercapainya Qawamah/penguasaan Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Ini memerlukan tugas pemuda islam memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliyah ke tangan islam. Kita yg sedar seharusnya memimpin mereka bukan selamanya berada di zon selesa.

Tugas ini kita yg mulakan dr sekarang,jgn biarkn org lain ambl alih tugas ini kerana peluang hanya dtg sekali,maka jangan sia-siakannya.
Posted by


Friday, 11 October 2013

Wajibat al-Akh : “Akh Yang Benar adalah Seorang Murobbi”.-Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.


"Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan." (ustaz Halim) .


1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.

4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan,kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan.Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik.Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.

16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.

17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa
kecemasan.
 Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat.Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.

25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan.Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahiddan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.

36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.

37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.

Thursday, 10 October 2013

Dakwah itu apa ya?





Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..

(Alm KH. Rahmat Abdullah)

Hala Tuju dan Peranan Pemuda


Apabila membicarakan topik hala tuju anak muda pastinya kita akan rujuk kembali rukun pemuda Imam Hassan al-Banna iaitu :

1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Semangat asasnya keinginan yang kuat
4. Usaha asasnya adalah keazaman yang membara.


Keempat-empat elemen ini hanya wujud dalam diri seorang yang bergelar pemuda ,sama ada dia meletakkan elemen-elemen ini ditempat yang sepatutnya atau sebaliknya. Keterujaan pemuda dalam perjuangan dapat kita saksikan dalam pelbagai senario-senario semasa contohnya:

Perjuangan mahasiswa kearah memperjuangan hak mereka di kampus, mereka bangkit bersemangat mengumpulkan,menyedarkan mahasiswa-mahasiswi untuk turut sama memperjuangankannya. 

Kita dapat lihat juga perjuangan pemuda dalam negara, mereka ingin mengembalikan dan menuntut hak rakyat dan keadilan yang sewajarnya, jiwa-jiwa pemuda ini yang terus menerus bersemangat melaungkan slogan-slogan kampus anak muda, negara anak muda, semangat pemuda, hak pemuda, dan pelbagai lagi yang melibatkan para pemuda.

Tetapi malangnya, bila menyentuh isu institusi masjid/surau seolah-olah semua pemuda dalam dunia ini telah mati, diam membisu, tidak ada lagi kelibat-kelibat anak muda seperti apa yang diperjuangkan di atas, kemana hilangnya pemuda? menjadi tanda tanya, sedangkan dalam rukun pemuda sepatutnya keimanan dan keikhlasan antara yang utama yang perlu dititik beratkan dalam peranan seorang pemuda. Sepatutnya pemudalah yang mengimarahkan institusi masjid/surau bukannya mereka yang sudah berumur, kerana pemuda memiliki kekuatan, kesihatan yang baik, kecergasan, kefasihan, semangat, atau mungkin pemuda hanya melihat institusi masjid/surau semata-mata untuk solat sahaja?.

Sedangkan sirah telah pun menceritakan kepentingan dan fungsi institusi masjid/surau antaranya terbahagi kepada tiga iaitu :


Fungsi Zikir : boleh dijelaskan sebagai tempat untuk sujud, solat berjemaah, tempat berzikir untuk menyucikan hati, menenteramkan jiwa, dan mengkhusyukan Qalbu, sehingga seseorang boleh bersikap santun dan rendah hati.Merasa diri benar-benar menjadi hamba kepada Sang Pencipta.
Fungsi Fikir: sebagai gedung ilmu, di mana majlis-majlis ilmu diadakan secara percuma, diletakkan bahan-bahan bacaan sebagai rujukan,bacaan al-quran  bertadarus dijalankan. Dengan menguasai ilmu agama, pemuda diharapkan lebih faham dan jelas akan perjuangan  dan peranan mereka sehingga mampu menyebarkannya dalam memajukan peradaban manusia.

Fungsi Sosial: di mana kita boleh berdiskusi, berdialog, mencapai kata sepakat dalam memperjuangankan islam tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang apabila masuk sahaja ke masjid/surau mereka tidak ada lagi jurang perbezaan kerana mereka menghadap kiblat yang sama, berimamkan imam yang sama, berada di saf yang sama dan apabila mengadakan perbincangan pasti menghasilkan keputusan yang sama khusus untuk perjuangan islam.

Tetapi semuanya tidak lagi berfungsi seperti di atas, kalau ada pun hanya segelintir pemuda yang masih istiqamah ,faham dan jelas matlamat perjuangannya bukan sekadar laungan semangat semata-mata. Ayuh, untuk permulaan ini, kita imarahkan masjid/surau untuk solat berjemaah dahulu kerana kita ada daya dan kemampuan untuk menghimpunkan berjuta-juta belia di stadium dan di jalanan jadi kita juga berkemampuan untuk menghimpunkan diri kita berjemaah di masjid/surau berdekatan. Tidak ada caj yang dikenakan seperti kita ke konsert atau pawagam, tidak ada tenaga yang banyak diperlukan,tidak ada keletihan bahkan hati menjadi tenang dan segala kemudahan Allah s.w.t berikan kepada mereka yang rajin solat berjemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w : Solat Jemaah lebih utama dua puluh tujuh kali ganda darjatnya dibandingkan solat bersendirian" (H.R. Bukhari & Muslim)

Bagi pemuda-pemuda yang sihat tubuh badan tempat kita bukan di rumah atau di bilik tetapi di masid/surau, usahalah untuk bangun dan tepati masa solatnya, dengan solat berjemaah kejayaan terbuka luas bagi kita, perjuangankanlah apa isu sekalipun yang menepati syariat islam pasti diberi kemudahan dan kemenangan.

Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." (Hadith Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasai).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith Riwayat Imam Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Imam Tirmizi).

Jika isu –isu lain yang menjadi keutamaan dalam perjuangan kita dan mengambil remeh soal institusi masjid/surau pastinya perjuangan kita akan gagal dan tidak akan berjaya sama sekali,launglah semangat, berpidatolah sehebat-hebatnya, kumpul lah berjuta-juta pemuda sekalipun, kalau sekadar tiada kefahaman dan hanya semangat semata-mata pasti akan menemukan titik kegagalan dan terkubur begitu sahaja.



Akhir kata, setiap dari kita mempunyai kehebatan tersendiri kerana itu kita dilahirkan dari berjuta-juta yang berlumba-lumba untuk kedunia, Allah memilih kita yang berjaya sampai di atas muka bumi, maka cari lah kehebatanmu dan manfaatkanlah untuk agamamu, jangan angkuh dan jangan sombong, kerana setiap pemberian adalah untuk dimanfaatkan dan gunalah sebaik mungkin.

Wallahualam.