Powered By Blogger

Thursday 31 October 2013

" Membentuk pemuda-pemuda Islam "



Apakah matlamat kita mempersiapkan pemuda-pemuda islam hari ini?

1) Adakah hanya membina menjadi pemuda soleh?
2) Adakah sekadar menjadikannya hebat dalam fikrah islam?
3) Adakah sekadar boleh menjalankan dakwah sekadar melepaskn btuk di tngga?
4) Adakah cukup dia bersama dalam jemaah dakwah?

Kita bebas memilih apa matlamat yg kita inginkan tetapi pada hari ini matlamat utama persiapan pemuda islam adalah dengan melaksanakan matlamat tercapainya Qawamah/penguasaan Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Ini memerlukan tugas pemuda islam memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliyah ke tangan islam. Kita yg sedar seharusnya memimpin mereka bukan selamanya berada di zon selesa.

Tugas ini kita yg mulakan dr sekarang,jgn biarkn org lain ambl alih tugas ini kerana peluang hanya dtg sekali,maka jangan sia-siakannya.
Posted by


Friday 11 October 2013

Wajibat al-Akh : “Akh Yang Benar adalah Seorang Murobbi”.-Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.


"Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan." (ustaz Halim) .


1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.

4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan,kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan.Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik.Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.

16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.

17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa
kecemasan.
 Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat.Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.

25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan.Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahiddan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.

36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.

37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.

Thursday 10 October 2013

Dakwah itu apa ya?





Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..

(Alm KH. Rahmat Abdullah)

Hala Tuju dan Peranan Pemuda


Apabila membicarakan topik hala tuju anak muda pastinya kita akan rujuk kembali rukun pemuda Imam Hassan al-Banna iaitu :

1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Semangat asasnya keinginan yang kuat
4. Usaha asasnya adalah keazaman yang membara.


Keempat-empat elemen ini hanya wujud dalam diri seorang yang bergelar pemuda ,sama ada dia meletakkan elemen-elemen ini ditempat yang sepatutnya atau sebaliknya. Keterujaan pemuda dalam perjuangan dapat kita saksikan dalam pelbagai senario-senario semasa contohnya:

Perjuangan mahasiswa kearah memperjuangan hak mereka di kampus, mereka bangkit bersemangat mengumpulkan,menyedarkan mahasiswa-mahasiswi untuk turut sama memperjuangankannya. 

Kita dapat lihat juga perjuangan pemuda dalam negara, mereka ingin mengembalikan dan menuntut hak rakyat dan keadilan yang sewajarnya, jiwa-jiwa pemuda ini yang terus menerus bersemangat melaungkan slogan-slogan kampus anak muda, negara anak muda, semangat pemuda, hak pemuda, dan pelbagai lagi yang melibatkan para pemuda.

Tetapi malangnya, bila menyentuh isu institusi masjid/surau seolah-olah semua pemuda dalam dunia ini telah mati, diam membisu, tidak ada lagi kelibat-kelibat anak muda seperti apa yang diperjuangkan di atas, kemana hilangnya pemuda? menjadi tanda tanya, sedangkan dalam rukun pemuda sepatutnya keimanan dan keikhlasan antara yang utama yang perlu dititik beratkan dalam peranan seorang pemuda. Sepatutnya pemudalah yang mengimarahkan institusi masjid/surau bukannya mereka yang sudah berumur, kerana pemuda memiliki kekuatan, kesihatan yang baik, kecergasan, kefasihan, semangat, atau mungkin pemuda hanya melihat institusi masjid/surau semata-mata untuk solat sahaja?.

Sedangkan sirah telah pun menceritakan kepentingan dan fungsi institusi masjid/surau antaranya terbahagi kepada tiga iaitu :


Fungsi Zikir : boleh dijelaskan sebagai tempat untuk sujud, solat berjemaah, tempat berzikir untuk menyucikan hati, menenteramkan jiwa, dan mengkhusyukan Qalbu, sehingga seseorang boleh bersikap santun dan rendah hati.Merasa diri benar-benar menjadi hamba kepada Sang Pencipta.
Fungsi Fikir: sebagai gedung ilmu, di mana majlis-majlis ilmu diadakan secara percuma, diletakkan bahan-bahan bacaan sebagai rujukan,bacaan al-quran  bertadarus dijalankan. Dengan menguasai ilmu agama, pemuda diharapkan lebih faham dan jelas akan perjuangan  dan peranan mereka sehingga mampu menyebarkannya dalam memajukan peradaban manusia.

Fungsi Sosial: di mana kita boleh berdiskusi, berdialog, mencapai kata sepakat dalam memperjuangankan islam tidak kira sama ada kerajaan atau pembangkang apabila masuk sahaja ke masjid/surau mereka tidak ada lagi jurang perbezaan kerana mereka menghadap kiblat yang sama, berimamkan imam yang sama, berada di saf yang sama dan apabila mengadakan perbincangan pasti menghasilkan keputusan yang sama khusus untuk perjuangan islam.

Tetapi semuanya tidak lagi berfungsi seperti di atas, kalau ada pun hanya segelintir pemuda yang masih istiqamah ,faham dan jelas matlamat perjuangannya bukan sekadar laungan semangat semata-mata. Ayuh, untuk permulaan ini, kita imarahkan masjid/surau untuk solat berjemaah dahulu kerana kita ada daya dan kemampuan untuk menghimpunkan berjuta-juta belia di stadium dan di jalanan jadi kita juga berkemampuan untuk menghimpunkan diri kita berjemaah di masjid/surau berdekatan. Tidak ada caj yang dikenakan seperti kita ke konsert atau pawagam, tidak ada tenaga yang banyak diperlukan,tidak ada keletihan bahkan hati menjadi tenang dan segala kemudahan Allah s.w.t berikan kepada mereka yang rajin solat berjemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w : Solat Jemaah lebih utama dua puluh tujuh kali ganda darjatnya dibandingkan solat bersendirian" (H.R. Bukhari & Muslim)

Bagi pemuda-pemuda yang sihat tubuh badan tempat kita bukan di rumah atau di bilik tetapi di masid/surau, usahalah untuk bangun dan tepati masa solatnya, dengan solat berjemaah kejayaan terbuka luas bagi kita, perjuangankanlah apa isu sekalipun yang menepati syariat islam pasti diberi kemudahan dan kemenangan.

Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." (Hadith Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasai).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith Riwayat Imam Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Imam Tirmizi).

Jika isu –isu lain yang menjadi keutamaan dalam perjuangan kita dan mengambil remeh soal institusi masjid/surau pastinya perjuangan kita akan gagal dan tidak akan berjaya sama sekali,launglah semangat, berpidatolah sehebat-hebatnya, kumpul lah berjuta-juta pemuda sekalipun, kalau sekadar tiada kefahaman dan hanya semangat semata-mata pasti akan menemukan titik kegagalan dan terkubur begitu sahaja.



Akhir kata, setiap dari kita mempunyai kehebatan tersendiri kerana itu kita dilahirkan dari berjuta-juta yang berlumba-lumba untuk kedunia, Allah memilih kita yang berjaya sampai di atas muka bumi, maka cari lah kehebatanmu dan manfaatkanlah untuk agamamu, jangan angkuh dan jangan sombong, kerana setiap pemberian adalah untuk dimanfaatkan dan gunalah sebaik mungkin.

Wallahualam.

Monday 7 October 2013

"Pesanan Sang Murabbi"


Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami istiqomah di jalan da’wah ini …

kata-kata Sang Murabbi KH Rahmat Abdullah

Thursday 3 October 2013

Tazkirah Diri, Tazkiyah Hati

     

    Antara aktiviti malam yang sering saya lakukan sebelum tidur adalah "tazkirah diri" atau lebih mudah difahami sebagai monolog diri, masa yang diperlukan hanya 5-10 minit tanpa menggunakan sebarang bahan,teks,skrips atau buku. Setiap kata-kata yang dilafazkan adalah spontan dan lebih merujuk kepada  diri sendiri supaya lebih beringat dan berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan kerana selalunya kita yang beri peringatan, nasihat dan teguran kepada orang lain, kali ini biar kita beri peringatan 100% kepada diri sendiri supaya lebih berfikir.

     Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Surah al-Qamar:22).

     Salah satu topik yang masih terngiang-ngiang di minda saya yang ingin saya kongsikan adalah mengenai balasan Allah s.w.t atas setiap perbuatan yang kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Bayangkan selama kita hidup, berapa banyak sudah maksiat dan keingkaran perintah Allah s.w.t yang telah kita lakukan? Adakah setiap maksiat yang kita lakukan Allah s.w.t bayar secara tunai kepada kita? Bayangkan lagi seandainya setiap maksiat dibayar dengan tunai seperti mereka sengaja meninggalkan solat Allah s.w.t balas dengan hukuman dipekakkan telinga tidak lagi mampu mendengar seruan azan, mereka yang kerap melihat gambar atau video lucah, dibutakan mata tidak sempat memadam "history",mereka yang enggan menutup aurat dengan sempurna dibayar dengan penyakit kulit yang teruk, mereka yang berzina dibayar dengan seluruh tubuh menjadi lumpuh dan yang paling hina apabila nyawa direntap saat asyik melakukan maksiat.



    Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? (Surah al-Qamar: 51).

    Semua balasan di atas adalah tidak mustahil boleh berlaku bila-bila masa bahkan lebih keras dari itu kerana ramai yang melakukan maksiat sudah pun dibayar dengan tunai tanpa menunggu hukuman di akhirat tetapi dalam masa yang sama masih ramai yang diberi peluang untuk kembali bertaubat sama ada kita sedar atau tidak peringatan berulang kali diberikan.

   Kita rasa manisnya maksiat atau dosa tersebut kerana belum pernah merasai apa-apa balasan atau hukuman keras yang Allah timpakan pada kita, jadi kita fikir ada masa untuk bertaubat, kita fikir kematian khusus untuk mereka yang sudah tua atau berpenyakit, seolah nyawa masih panjang dan mampu untuk hidup 20-30 tahun lagi.Golongan ini adalah golongan yang buta hati dari segala peringatan bahkan ada yang memperlekehkan segala perintah Allah s.w.t walaupun tidak diucapkan dengan perkataan tetapi melalui perbuatan seolah-olah tidak yakin dengan ada nya Allah s.w.t. 

      Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (surah Al-Hajj : 46).



   Saat ini, segala perbuatan dosa tidak lagi terasa kotor atau jijik kerana ia indah dan semanis kurma gitu, sehinggalah sampai satu tahap di mana kita akan merasa berat atau malas untuk melaksanakan kewajipan seorang muslim walaupun dia faham dan jelas mengenai kewajipan seorang muslim seperti solat, menutup aurat,batas pergaulan laki dan perempuan, pandangan mata dan sebagainya, dia dah pun belajar dan faham tetapi sebabkan dosa membuatkan diri jadi malas dan terbeban dengan segala kewajipan dan akhirnya meninggalkan segalanya.

     Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf: 179).

     Betapa kotornya hati yang disalut dengan maksiat dan dosa ibarat arang batu yang hitam dan berdebu, tidak ada lagi cahaya keimanan melainkan dia kembali menuju jalan ke syurga Allah s.w.t dan membersihkan jiwanya kembali mengabdikan diri kepada Penciptanya sebelum terlambat.

  Alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat mula kembali tersedar dan meninggalkan arena kejahilan dan kegelapan ini termasuk diri yang menulis ini, segala sejarah hitam biarkan terkubur berlalu pergi, usah kita ulang kembali memori lama. Apa yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah meniti di jalan yang benar,membina diri menjadi seorang muslim dan mukmin yang hebat, mengenali musuh-musuh yang siap sedia menyerang dari setiap penjuru,seru dan ajak kawan-kawan lain untuk turut sama berada di jalan ini. Inilah jalan dakwah, di mana proses pertembungan antara haq dan batil, proses mempersiapkan diri menuju ke syurga Allah s.w.t kerana tidak ada istilah berselenang lenang atau selesa melainkan diri ini telah pun berada di sana.


      Segala isi kandungan tulisan ini adalah ilham spontan sebelum saya tidur untuk kembali berfikir dan merenung diri dan memperbaikinya untuk hari esok. Saya syorkan untuk sahabat-sahabat luangkan masa 5 minit sebelum tidur untuk kita fikirkan dan muhasabah diri, kerana manusia yang hebat tidak akan mengulangi kesilapan hari semalam dan bersedia untuk memperbaikinya untuk hari esok.

Wallahualam.