Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

Ini kisah saya, anda….?? buktikan sendiri...




Dengan izinNya, alhamdulillah, saya akan bergraduat pada bulan November ini, maka ramai yang pm bertanyakan mengenai tips belajar, pengalaman, nasihat, pesanan dan sebagainya (khas buat mahasiswa baru). Adalah dimaklumkan di sini saya bukanlah seorang pelajar cemerlang yang boleh kongsikan tips atau petua kecermelangan,tetapi nak kongsi petua kemalangan insha Allah boleh, sapa –sapa pun boleh kongsi. Cukuplah untuk saya kongsikan pengalaman yang tak seberapa ini selama 3 tahun pengajian di Universiti.

sekadar perkongsian, yang mana baik amalkan, yang buruk jadikan teladan :

Pada awal tahun pertama ialah tahun mencari identiti hidup kat kampus, masih kurang terurus lagi,masa pun berterabur lagi, pergi kelas pun bukannya faham sangat, kadang-kadang tu rasa tertekan semua kerja nak kena siapkan dalam masa yang sama, kalau boleh nak aktif semua persatuan, tahun tu juga tahun banyak bertanya macam mana nak belajar kat alam kampus ni dan segala bagai la yang tak pernah tahu walaupun satu pun tak dipratikkan secara khusus mengenai cara belajar senior-senior sebab kita masing-masing ada cara tersendiri yang lebih efektif untuk diri kita. Cara saya belajar setiap sem tak pernah sama dan menghasilkan keputusan yang berbeza-beza “ experimen sangat, experimen2 pun xpernah dpt c- ”,haha, tapi Alhamdulillah xpernah rasa sangat kecewa dengan keputusan yang diperolehi ,walapun kadang-kadang jatuh juga , ini sebab rasa seronok dengan usaha dan cara kita sendiri daripada tak berusaha langsung, kita hanya mampu usaha sebaik mungkin kemudian doa dan tawakal kepada Nya. ( anda mampu mengubahnya) 


“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal : ayat 61)

Dalam belajar ini guna la apa cara sekalipun yang penting kita faham betul-betul apa yang kita belajar dan bukan sekadar hafal atau ingat semata-mata, saya akui bukanlah seorang yang cerdik , sekali baca dah masuk dan faham, itu bukanlah saya , antara cara yang saya guna pakai dan berbeza setiap semester yang boleh saya kongsikan ialah Peta minda berserabut, contengan dinding , rakaman, smart note, Q n A, Akronim, gambar berwarna bergerak, Nota berjadual, dan antara kaedah yang sering diamalkan sebelum belajar saya akan menghafaz beberapa potong ayat quran yang belum pernah saya hafaz dan ulang beberapa kali sehingga dapat kemudian teruskan belajar seperti biasa, insyaAllah akan terasa kelainan di situ. (Alhamdulillah dapat habiskan beberapa surah, xpercaya?? buktinya sendiri ).



Antara faktor yang menyebabkan ilmu yang kita belajar tu susah nak faham atau ingat tidak lain tidak bukan adalah dosa yang kita lakukan atau belajar sekadar nak cemerlang atas kertas exam, cuba bayangkan sepanjang semester banyak masa kosong ,kelas kadang-kadang sehari sekali je, banyak masa kita dihabiskan dengan perkara yang tak bermanfaat, balik kelas je terus main game, balik kelas je terus tengok movie, itu belum lagi yang online 24 jam, ada yang pengsan esok pagi baru terjaga pun ada gak, bukanlah nak suruh belajar sepanjang masa, saya pun belajar 2-3 jam je sehari kadang-kadang penat xsempat pun buka buku terus tdor, rasa menyesal akan datang apabila exam dah nak dekat, masa tu baru lah ada yang sampai tak tidor malam, esok pagi abis exam terus tidor. Banyak masa terbazir dengan perkara lagha dan maksiat tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat sangatlah merugikan. ( ini semua pengalaman diri sendiri, pernah tertidur dari petang hingga pagi esoknya, terus bengong kejap)...

ilmu itu cahaya, dan cahaya (ilmu) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang melakukan maksiat -syair imam syafie-

Sebagai seorang mahasiswa muslim kata pak hamka kita boleh menghitung usia yang telah kita gunakan, tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia yang kita tinggal, maknanya semua berkait rapat dengan hidup kita dan masa yang diperuntukkan 24 jam adakah dimanfaatkan sebaik mungkin atau telah dibazirkan?, dan sangat-sangatlah rugi apabila seorang mahasiswa muslim itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dengan tidak mempedulikan amanah yang wajib dia laksanakan. ( ni jenis puak-puak nak exam baru kalut nak solat hajat dan cari Allah ketika hujung-hujung sem).

Antara pesanan yang boleh saya kongsikan kepada mahasiswa-dan mahasiswi muslim di universiti, zaman universiti zaman yang sangat menyeronokkan kerana kita telah mula mengatur cara hidup tanpa dikongkong orang lain dan keseronokan itu akan hadir JIKA dimanfaatkan masa dengan sesuatu yang boleh menjadikan kita seorang muslim sejati, imarahkan surau-surau di kampus, biasakan solat berjemaah bagi muslimin,ikutilah program-program usrah yang ada di kampus kalian, ikat diri dengan aktivti yang membina diri dan semua ini menjadikan kita hidup bertujuan dan hidup bertuhan. (cuba try test tengok dan buktikan sendri hasilnya).

Kejayaan akan datang setelah kita usaha sebaik mungkin dengan izinNya dan sangat berutung bagi mereka yang ingin berjaya bukan sekadar di atas kertas exam tetapi berjaya mejadi seorang mahasiswa muslim yang mahir dalam bidang yang diceburi dan memberi manfaat kepada ummah dalam segenap aspek kehidupan. (kalaulah semua mahasiswa muslim ada cita-cita ini kan seronok)

akhir kalam rujuk surah fussilat ayat 35 : Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Salam hormat daripada saya yang masih belajar.

Al haqir-wal-faqir ilal Llah.
Wallahualam..
Badrunaim Ansari bin Burhanudin

No comments:

Post a Comment