Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

kehebatan hanya milik Allah s.w.t : kerdilnya hambaMu ini

sound familiar : hebatnya dia patut lah popular?, boleh menembusi dkwah disetiap medan?,muda-muda lg dh terkenal ?ini mesti tinggi ilmu ini?, ramai betul pengikut dia?, mcm mna nak jadi hebat mcm tu? agak boleh terkenal x?..dan mcm2 lg monolog hati masing-masing..Alhamdulillah,kemuliaan mereka di izikan Allah kerana bermanfaat untuk semua org xmcm kita selalu disuap dan terus disuap tnpa memberi mnfaat untuk org lain..alangkah ruginya kita

melangkahlah dgn lebih tersusun dan teratur..

# nak jadi org hebat xperlu popular bagai, skdar petah berkata-kata, ramai fan, penuh dengan like or komen, berjuta-juta follower,dikenali ramai, tetapi orang hebat itu bila mana dia mampu melazimi solat tahajud, konsisten bacaan al-qurannya, berjemaah bersama msyrakat, tidak lokek berkongsi ilmu, lidah dibasahi zikrullah, tidak sekdar mnjadi keybord warrior tetapi turun ke medan amal bersama masyrakat untuk promosikan islam dgn lebih dekat, menarik beberapa ramai mad'u untuk konsisten bersama usrah, membina dan mengembang potensi dalam diri mereka, menjadi Dr murabbi (pembimbing) dgn merawat hati dan mencetak peribadi umat akhir zaman ini, menjelaskan fikrah sebenar seorang manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan hanyalah kepda Allah s.w.t...

tugas belum selesai dan jgn berbangga apa yg kita perolehi..

tidak sekdar berada di laman sosial sambil goyang kaki pnuh post,komen,shared,like (asalkan bermanfaat teruskan) tetapi biar diri juga berada alam realiti bersama-sama menyantuni,membimbing masyarakat untuk mengenal Allah s.w.t.

jangan risau xperlu nak angkat diri jadi orang hebat, Allah s.w.t yang angkat dan muliakan kita utk manfaat semua orang kelak..

nah janji-janji Allah s.w.t untuk mereka yang berusaha membela agama Allah.s.w.t...

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47 :7)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (9: 111)

p/s: pesanan dan peringatan untuk semua khusus buat si penulis yang sering dalam kelalaian dunia..



1 comment: