Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

warga tua teras masyarakat, ''Kitalah pewarisnya.....

 
kadang-kadang rasa teruja melihat org tua yg dh lanjut usia tetapi tetap kuat berkerja, kayuh basikal ke sana kemari, bertongkat ke masjid, berjalan kaki jauh ke rumah, walaupun tulang 4 kerat dh x sekuat dulu,di tolak pasti rebah, mereka tetap merasa masih ada kekuatan dan tenaga untuk terus beraktiviti...dsyat sungguh jiwa mereka walaupun jasad sudah di mamah usia..

usia mereka yang lanjut ini tidak menghalang untuk beribadah bahkan lebih dari org muda yg sihat dan gagah, masjid dan surau tidak lain hanya dipenuhi golongan ini..mereka ini juga berlumba-lumba dalam kesusahan diri mahu terus menerus beribadah kepada Allah s.w.t...

dan golongan ini suatu masa dahulu pernah merasai zaman muda mereka, xperlu rasanya kita persoal bagaimana masa muda mereka yer?apa yg mereka buat?

tetapi lihat lah masa muda kita sekarang, kerana suatu masa nanti golongan di atas tu akan diganti dgn kita, muda hanya sementara bro, andai Allah tidak cabut nyawa masa muda maka kita akan rasai usia tua kita...nantikan lah saat itu andai di izinkan..

Masa muda ini ramai yg inginkan keseronokan dan mencari-cari indentiti hidup yg sebenar, dari seorang kanak-kanak meningkat remaja seterusnya meningkat dewasa sebenarnya mempunya masa yang sangat panjang, tetapi tnya diri apa yang telah kita lakukan kepada masa muda kita kini..

adakah kita guna sebaik mungkin untuk solat berjmaah di masjd/surau?
adakah kita guna sebaik mungkin untuk bgn tahajud di mlm hari?
adakah kita guna sebaik mungkin berbakti untuk ibu dan ayah?
adakah kita guna sebaik mungkin untuk melancarkan bacaan al-quran?
adakah kita guna sebaik mungkin untuk pelajari ilmu agama?
adakah kita guna sebaik mungkin untuk mencari redha Allah s.w.t?

sementara masih sihat dan kuat kita persia-siakan segalanya tetapi bagi mereka ....
mereka ingin kembali muda dan bertenaga kerana ingin perbanykkan amal ibadah kepada kepada Allah, ingin sekali melaksanakan segala perkara di atas dgn sebaik mungkin...tetapi segalanya tidak lain hanyalah angan-angan yang xmmpu menjadi realiti...


Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia; nikmat kesihatan dan masa lapang.” (HR Bukhari)

masih belum terlambat wahai orang muda , usia muda ini lah masa yang sgt lapang dan bertenaga untuk berlumba-lumba beribadah kepada Allah s.w.t jgn tggu usia tua mu, kerana barangkali Allah mencabut nyawa mu awal muda atau kamu sudah terlantar sakit..

umur di antara 15 hingga 25 antara umur yg baik kesihatannya,kuat tenaganya,cerdas akal fikirannya,cergas tubuh badan, dan bnyk masa lapang untuk beribadah kepada Allah s.w.t tetapi kemana kita bazirkan PELUANG KEEMASAN ini..

jangan menyesal di kemudian hari..


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

p/s : Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.

No comments:

Post a Comment