Powered By Blogger

Thursday 26 December 2013

Capai Kejayaan Tanpa Alasan


       Apabila menyebut mengenai kejayaan, ia adalah sesuatu yang semua orang idamkan, tidak ada manusia dalam dunia ini yang tidak mahu merasai kejayaan dan menikmatinya dengan penuh rasa gembira, kerana setiap dari kita mendefinisikan kejayaan hidup dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak masing-masing, ada yang merasakan kejayaan itu apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang, mendapat pekerjaan yang baik, mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian dan sebagainya.


tetapi

      Masih ada yang tidak tahu apa makna kejayaan bagi diri dia, kejayan kita boleh definisikan secara mudahnya adalah sesuatu pencapaian seseorang yang menepati sasaran atau matlamat yang dibina, jadi apabila sesorang itu tidak meletakkan matlamat atau sasaran dalam hidupnya pasti sukar kejayaan itu hendak diperolehi, usaha tanpa ada matlamat akan berakhir dengan kegagalan kerana matlamat itu adalah keperluan utama kenapa seseorang itu perlu berusaha dan bertindak untuk berjaya.

Formula : usaha+ matlamat = kejayaan



jangan lupa,

    Kejayaan adalah sesuatu yang subjektif, setiap individu meletakkan sasaran yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing, sebagai contoh, seorang peruncit merasakan kejayaan apabila sasaran pendapatan bulanannya melebih RM10,000 manakala seorang usahawan merasakan kejayaan baginya apabila sasaran pendapatannya melebihi RM500,000, jadinya setiap dari kita perlu meletakkan sasaran tersendiri apa yang sepatutnya dicapai bukan sekadar berusaha tanpa ambil tahu kemana halatuju usahanya.



khas untuk Mahasiswa,

     Seorang mahasiswa universiti selalunya dia akan meletakkan sasaran kejayaan adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dia berusaha bermati-matian semata-mata untuk itu sahaja sebenarnya dia gagal, sebagai seorang mahasiswa dia perlu luaskan skop kejayaan itu, jangan sekadar di atas kertas peperiksaan sahaja tetapi seluruh hidup dia perlu merasai kejayaan, kalau 3-4 tahun sasaran dia sekadar cemerlang dalam peperiksaan sehingga bergraduat, dia seorang yang rugi, kerana peluang belajar di universiti bukan mudah kita dapat, letakkan sasaran yang lebih tinggi dari itu, kejayaan dalam menguruskan hidup menjadi lebih baik, kejayaan menjadi rujukan masyarakat umum, kejayaan dalam menjadi manusia yang berkualiti, kejayaan dia mampu berfikir di luar kotak pemikiran, kejayaan dalam merasai pelbagai pengalaman hidup, kejayaan dalam kepimpinan, kejayaan dikembangkan potensi diri menjadi individu hebat, dan kejayaan paling utama adalah kejayaan dia mengetahui dan sedar tujuan hidup atas muka bumi ini dan akhirnya dialah orang yang berjaya mencapai sasaran sebagai seseorang mahasiswa setelah tamat pengajian.



       Kejayaan tidak datang bergolek, perlu diusahakan untuk mencapai kejayaan tersebut, jangan sekadar angan-angan mat jenin cita-citanya menggunung tinggi tetapi malas berusaha kelak menyesal tidak berguna. Dalam kita berusaha untuk berjaya, perlu tahu apa langkah-langkah untuk merealisasikan kejayaan tersebut.

1) Letakkan sasaran yang tinggi

Sasaran yang tinggi bukan mereka angan-angan tetapi mencipta suatu cabaran untuk diri keluar dari zon selesa menuju zon yang lebih mencabar untuk berusaha bersungguh-sungguh, sebagai contoh kita inginkan keputusan 3.5 keatas, usaha mesti setinggi dengan sasaran kita, bekerja dan berusaha lebih kuat untuk capai sasaran, dengan cara ini diri akan terus kehadapan sehingga dia tidak sangka dia mampu untuk capai kejayaan tersebut dan insyaAllah akan ada hasilnya.

2) Cemburu dengan kejayaan orang lain

Tanya pada diri kenapa aku tidak boleh tetapi dia boleh, kalau dia boleh aku mesti boleh, di mana aku letak sasaran kejayaan aku, dia letak sasaran tersendiri memang dia akan dapat apa yang diusahakannya. Kita merasakan dia berjaya belum tentu dia rasa dia berjaya kerana dia tidak memenuhi kehendak sasarannya. Sebagai seorang pelajar, kita tahu kawan kita seorang yang cemerlang, bertanya dan belajarlah dari dia supaya kita juga mampu untuk capai seperti mana dia capai, buang sikap bodoh sombong dalam belajar kelak diri akan gagal dan berputus asa.

3) Elakkan dari sikap berpuas hati

Ini sikap yang sering kita amalkan setelah kita perolehi sesuatu keputusan dengan menyatakan cukuplah, ini sahaja yang aku mampu, selama-lamanya akan hidup dalam zon yang selesa, individu yang berjaya, dia sentiasa mahukan peningkatan dalam sasaran hidup, kejayaan hari ini belum cukup bagi dia,dia mahukan lebih untuk akan datang dengan usaha yang lebih makanya kejayaan sentiasa milik dia dengan izin Allah.

4) Soal diri dengan soalan yang positif

Selalunya setelah mendapat keputusan, soalan negatif yang akan ditanya pada diri, contohnya kenapalah aku gagal? apalah dosa aku (macamlah diri dia ma'sum), apalah malang nasib aku? apa nak jadi dengan aku ini? dan kemanalah hala tuju hidup aku gamaknya? akhirnya dia jadi lemah dan mustahil untuk dia menjadi orang yang berjaya, tukarkan soalan menjadi soalan positif setelah mendapat keputusan, contohnya apa yang belum aku lakukan lagi? apa kelebihan yang ada pada diri aku? siapa yang boleh bantu aku? dan apa strategi yang boleh aku guna pakai dalam belajar? akhirnya dia kembali semangat dan sasaran kembali tersusun atur untuk menuju kejayaan.

5) Tingkatkan kualiti diri

kita sahaja yang tahu di mana tahap kualiti diri kita, contohnya tanya pada diri siapa diri aku 2-3 tahun yang lepas dan bandingkan dengan hari ini, jika tidak berubah kearah yang lebih baik atau bertambah kualiti diri makanya kita rugi besar, kerana orang lain sudah pun maju kehadapan meninggalkan segala tabiat buruk, meninggalkan sikap-sikap yang menjengkelkan, semakin matang dalam percaturan hidup, menanggalkan baju jahiliyiah dan menyarung baju tarbiyyah, Wow..kerana dia nampak dengan jelas kemana hala tuju hidup dan 3-4 tahun akan datang dia akan menjadi lebih hebat dan berkualiti kerana dia seorang yang sentiasa memotivasikan diri untuk berjaya.


penulis mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat maju jaya kepada mereka yang menduduki peperiksaan akhir semester.

Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t, letakkan sasaran untuk kali ini, rancang strategi belajar yang efektif, dan manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin kerana menjadi satu kerugian bagi mereka yang membazirkan masa dengan perkara yang sia-sia, kerana masa yang berbaki belum tentu menjadi milik kita lagi..eh,jap,jap untuk pengetahuan semua setiap dari kita ada masa produktif, di mana masa ini singkat tetapi segala apa yang kita belajar mudah faham dan hafal, ada yang masa produktifnya selepas subuh, ada yang malam, bergantung kepada individu tersebut, kalau tidor sepanjang hari memang tak jumpa lah masa produktif bagi dia..

Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Hoorey,Hoorey...penulis tidak lagi perlu menghadiri kelas, dan tidak ada lagi peperiksaan yang memeningkan,haha...jangan jeles yea =)

Salam hormat daripada saya yang masih belajar.
Al haqir-wal-faqir ilalLlah.
Badrunaim Ansari bin Burhanudin
Department of Chemistry,UNIMAS.


Tuesday 24 December 2013

Hala Tuju Lepasan SPM


Alhamdulillah,sedikit pesanan dan motivasi untuk adik-adik semua.

tiada yang mustahil jika kita bersungguh-sungguh dan letakkan matlamat  untuk berjaya dalam apa juang bidang yang kita ceburi walaupun kita pernah gagal tetapi jangan biarkan kegagalan melemahkan kita sebaliknya kembali kuat untuk terus berjaya

abg bukan pelajar cemerlang atau seorang yang pandai tetapi sudah abg buktikan jika kita berusaha bersungguh-sungguh tiada yang mustahil dengan izin Allah s.w.t, kalau sekadar belajar semata-mata nak keputusan cemerlang sebenarnya kita gagal, kita sepatutnya letakkan matlamat lebih tinggi dari sekadar keputusan yang cemerlang, kuasai apa yang kita belajar dan jangan mengharap pensyarah semata-mata..adik-adik bukan lagi pelajar sekolah..jadi bersedia untuk menghadapi perjalanan yang mencabar ini..jeng,jeng,jeng  coming soon !!!!

gunakan masa lapang selepas SPM ini untuk membina diri, dalami ilmu agama sebaiknya, luaskan pengalaman, luaskan pengetahuan tentang isu-isu semasa dan terokai bidang-bidang yang kita minati, sangat rugi masa yang ada ini dibazirkan begitu sahaja..jangan keje tido makan je..haishh..rugi bro..

SPM dah pun tamat dan masing-masing menanti keputusan, apa yang kita dapat hanyalah sekadar keputusan diatas kertas semata-mata, usah dikenang barang yang lepas, cabaran selepas ini lebih besar yakni adik-adik akan tempuhi peringkat yang lebih tinggi alam kehidupan, jadi bersiap sedia untuk tentukan masa depan masing-masing, belajar untuk keluar dari zon selesa kepada zon yang lebih kritikal,mulakan dari awal kalau tidak nanti kita menyesal lagi, jangan biarkan pisang berbuah dua kali, kekesalan pada SPM hanya sementera, tetapi kekesalan disebabkan kegagalan dalam hidup akan terasa selama-lamanya.

Daftarkan diri di mana-mana pun kita belajar tahun depan dalam keadaan yang siap sedia, kerana matlamat orang berjaya ini tinggi, meraka nampak apa yang mereka inginkan,mereka jelas dengan perjalanan hidup mereka, mereka cabar diri untuk berjaya bukan rasa puas hati dengan apa yang mereka dapat, mereka inginkan lebih dari itu.

perjalanan adik-adik masih jauh, tanggalkan sifat kebudakan-budakan masa persekolahan, injakkan diri untuk lebih matang dari sebelum ni kerana adik-adik semakin meningkat remaja dan perlu lebih berfikir untuk hidup ini bukanlah lagi mengharap orang lain semata-mata jika tidak habis sekolah pun kita tetap dilabel sebagai budak tidak matang kerana faktor pemikiran,sikap dan cara hidup seolah-olah seperti anak kecil.

lagi satu pesanan, semakin meningkat usia, semakin kita rasa besar kepala (itu normal), belajar lah untuk berdisplin, disebabkan akhlak kita kejayaan kita tertunda, disebabkan sikap kita yang buruk, memberi kesan kepada masa hadapan kelak, berhati-berhati kerana lumrah alam memang begitu, apa yang kita beri,itu yang akan kita dapat nanti, jika kita jahat pada orang lain, tunggu mendapat la nanti..haha..


* apa yang abang buat selepas spm?

masa tu fb pun xhidup lagi, so xtau apa-apa langsung mengenai pengajian lepasan spm nak kemana bagai,harapkan cikgu dan senior-senior yang ada je, tapi adik-adik beruntung dan sepatutnya bersyukur kerana hari ni segalanya dihujung jari sahaja, cari sebanyak mungkin info mengenai asasi,matrikulasi,A-level,biasiswa, diploma,stpm, dan sebagainya supaya pilihan yang kita buat membuatkan kita puas hati dan teruskan perjalanan sejauh mungkin..sebelum ke matrikulasi dalam bulan 6 gitu, abg round the world (kat malaysia je pun), memandangkan diri ni bukan lah berlatarbelakangkan sekolah agama, ini lah masa nak kenali agama dan dalam masa yang sama mula nak menghafaz al-quran, rasa bersyukur Allah s.w.t beri peluang belajar agama dan sangat berguna bila kita berhadapan dengan realiti alam kampus dan realiti semasa bersama masyarakat...

selain tu?

cakna isu-isu semasa hari ini, kerana adik-adik adalah penerus generasi pemimpin masa depan, kalau sekadar jadi seorang pelajar yang tak ambil tahu apa-apa yang berlaku,dia ibarat robot yang diprogram untuk belajar sahaja, antara isu kritikal hari ini, isu comango, isu syiah, isu ancaman liberalism, dan banyak lagi melibatkan akidah umat islam itu sendiri.

takkan tu je kot?

ambil kertas kemudian buatkan satu "timeline" untuk diri kita, 5-6 tahun akan datang apa yang kita nak capai dalam hidup ini, perlu tetapkan misi hidup walaupun sekarang nampak agak sukar nak dicapai tetapi yakinlah setiap apa yang kita lalui tahun demi tahun sebenarnya kita sedang menuju kearah matlamat yang kita bina..InsyaAllah,banyakkan berdoa dan diberi petunjuk.

sedikit tambahan lagi,

setiap bidang ada kelebihannya tersendiri, jangan sesekali beranggapan ini bagus,ini xbagus, univerisiti ni bagus,uni ni xbgus..buang jauh-jauh anggapan begitu, kerana setiap bidang ada peluangnya tersendiri semuanya bergantung kepada individu tersebut sama ada dia bersungguh-sungguh atas segala usaha dia atau sekadar bermain-main dan akhirnya dia sendiri yang gagal.


Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :

1) Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu
2) Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3) Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4) Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (58:11)


Dr Badrunaim Ansari.
Blog : Makmal Tarbiyyah
Email :badrunaim_sucie@yahoo.com
Office : 0192593186

Tuesday 17 December 2013

Anugerah yang Tersisih


satu kemahiran yang sering dianggap remeh dan tidak penting oleh kebanyakkan pemuda adalah kemahiran berfikir,menyumbangkan idea dan mengkritik untuk penambahbaikan, mereka terikat dengan segala arahan,perintah,skema dan ikut telunjuk tanpa besusah payah berfikir kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, tanpa perlu berfikir untuk penambahbaikannya, hanya mengharapkan orang lain untuk berfikir dan menyumbangkan idea semata-mata, tanpa faham dan jelas apa yang sepatutnya mereka laksanakan, mereka inilah robot yang diprogramkan hanya sekadar melaksana tetapi tidak mampu berfikir dan memahami secara waras

makanya,

kemahiran berfikir dan menyumbangkan idea hanya akan kita pelajari apabila berhadapan pengalaman yang lepas, sentiasa ambil tahu isu-isu semasa, rajin membaca, tambah pengetahuan dengan mengadakan perbincangan dan selalu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mampu menguji minda kita, menguji kesabaran kita, menguji perasaan kita dan akhirnya menjadikan kita manusia yang berakal.



ibnu Qudamah ada menyebut dalam Mukthashar Minhajul Qashidin, bergaul dengan manusia merupakan latihan kesabaran,mendidik jiwa dan emosi,serta menundukkan hawa nafsu, kera ia harus menghadapi pelbagai sikap,perangai manusia dan cara berfikir manusia.

wahai para pemuda,

kalian pewaris generasi bangsa dan agama, jika kalian rosak makanya siapa yang akan memimpin kami kelak, cukuplah kerosakkan yang dilakukan pemimpin hari ini, jangan diulang kembali sejarah itu, berfikirlah bagaimana untuk menjadi pemuda-pemuda yang hebat imannya, hebat ilmunya dan hebat akhlaknya. Baca dan hayati kisah-kisah pemuda zaman Rasulullah s.a.w sebagai sumber inspirasi untuk kita mengorak langkah dalam perubahan diri.

mahasiswa sekalian,


Jika sekadar belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan sebenarnya kalian gagal, ramai yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi gagal dalam kehidupan,apa yang sepatut dilakukan adalah menguasai apa yang kita belajar dan fikirkan sesuatu untuk disumbangkan kepada ummah dalam kepakaran yang kita perolehi dan menjadikan kita rujukan dunia seisinya, selak kembali kisah-kisah para cendiakawan islam bagaimana mereka bukan sekadar menuntut ilmu tetapi mempratikkan ilmu dalam kehidupan sehingga mampu mencipta teknologi hebat yang menjadi kegunaan hingga hari ini. Wow hebat..

untuk para Da'ie,


kalian perlu selalu berfikir pelbagai cara yang kreatif bagaimana untuk mengajak dan menarik minat para pemuda untuk menyarung kembali pakaian islam dengan rasa 'izzah, mereka ini bakal dibentuk dan dibina untuk menjadi pemimpin ummah akan datang, tidak cukup setakat itu, perlu juga difikirkan bagaimana mahu menjadi super da'ie sepanjang perjalanan ini.

tetapi ingat,



berfikir juga ada batas-batasnya, yang mana kita tidak mampu sebagai manusia membuktikan apa yang kita fikirkan, kita tidak mampu sebagai hamba sesuka hati mengubah perintah Tuhan yang menciptakan dan mengetahui segala mengenai ciptaanNya. Mereka yang berfikiran waras akan selari dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah dalam setiap pemikiran,percakapan dan perbuatannya, tidak menjadikan akal fikiran sebagai tuhan dan menolak segala tuntutan agama dalam kehidupan atau hanya menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

wallahualam.

Wednesday 4 December 2013

“Akhlak Peribadi Seorang Muslim Dalam Mengkritik ”


Sebelum kita nak komen atau kritik seseorang individu alangkah baiknya tanya pada diri kita dahulu beberapa perkara asas dan kemudiannya jawab satu persatu dengan yakin :

1) nyatakan sebab apa kita nak komen/kritik seseorang itu? adakah sebab peribadi dia?kita benci pada dia?tanpa sebab ?

2) apa yang kita komen/kritik seseorang itu atas perbuatan dia melakukan maksiat atau kebaikan?

3) jika atas perkara kebaikan, kebaikan yang dia buat adakah mampu kita laksanakan atau lebih dari itu?

4) kebaikan yang sedang dia laksanakan adakah mendatangkan manfaat atau mudarat pada orang lain?

5) sejauh mana manfaat yang kita berikan kepada ummah berbanding dia?

kita ada hak untuk memberikan pendapat atau teguran atas alasan untuk memperbaiki kekurangan seseorang( itupun tetap kena menjaga bahasa dan tulisan supaya tidak dicemari unsur-unsur cacian )tetapi kita tiada hak untuk menghina,mencaci atau mengeluarkan kata-kata nista kepada seseorang atas alasan kita membenci seseorang itu.

sejujurnya, umat islam hari sudah ramai yang hilang akhlak dan peribadi seorang muslim,nama sahaja islam, tetapi akhlak tidak lagi mencerminkan peribadi seorang muslim yang bertaqwa,sudah lupakah sirah-sirah nabawiyyah bagaimana sikap Rasulullah s.a.w sesama muslim hatta berhadapan dengan bukan islam sekalipun baginda tetap menjaga lidah dari menghina dengan kata-kata kesat dan nista.

Jika seorang pendakwah yang rosak akhlaknya mana mungkin akan ada orang yang tertarik dengan dakwahnya,jika ada sekalipun tidak akan kekal lama.Tidak guna ilmu menggunung tinggi tetapi tidak mampu membentuk akhlak pada diri.

Perbaiki akhlak mu wahai sahabat, kenali dengan siapa kita berbicara, jika dia seorang a’lim dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t  hormatilah prinsip beliau selagi tidak melanggar batas syara’, jangan  mudah kita menghina dan menfitnah beliau.

Salah satu kelemahan kita sebagai seorang muslim di Malaysia khususnya,kita mudah melatah tanpa usul periksa,mudah sangat mempercayai khabar angin, mudah sangat tertipu oleh musuh, jangan cepat menghukum seseorang sebelum kita mengkaji dan menyelidiki apa yang berlaku sebenarnya.Lakukanlah dengan penuh berhati hati dan berhikmah tanpa ada sangkaan-sangkaan buruk.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat:6)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat ayat 12 )

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).

Selalulah hisab dan muhasabah diri

apa kebaikan yang telah kita sebarkan pada ummah?

 Bermanfaatkah kita kepada mereka?

Sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t?

adakah akhlak kita ini disenangi atau dibenci?


Semoga kita menjadi hamba yang terbaik dihadapan Allah s.w.t kelak..