Powered By Blogger

Monday 13 January 2014

Menara Gading mu tunggu aku datang


bersemangatlah wahai adik-adiku sekalian

barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak…
 ( an-Nisa:19)

setiap dari kita layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading walau siapa pun kita, Allah s.w.t mengatur rezeki itu berbeda-beda buat hambaNya ada yang segera ada yang tertunda yang pastinya setiap dari kita ada bahagian masing-masing yang Allah s.w.t berikan tanpa kita sedari dalam kehidupan ini

Jalan menuju kejayaan tidak lah mudah yang disangka, ia berliku ia berduri, siapa yang sabar dan tidak berputus asa, insyaAllah dia akan melihat kebahagian dalam kejayaan yang dia idamkan walaupun rakan-rakannya sudah pun berjaya



kerana,

definisi kejayaan bagi setiap kita adalah berbeza,ada yang bila mana kejayaan membuatkan ibu dan ayah merasa bangga dengan kejayaannya dalam pelajaran, ada yang bila mana mendapat pekerjaan yang hebat dan sebagainya

apa definisi kejayaan bagi adik-adik sekalian?

hari ini peluang melanjutkan ke universiti sudah terbuka luas, sesiapa sahaja yang layak akan diterima walaupun dalam panggilan kedua,bersyukur lah saat itu kerana masih ada yang ingin belajar tetapi tidak berkemampuan


adik-adik sekalian,

apa minat kita sebenarnya? apa kemahiran dan kebolehan kita? mungkin saat ini belum kita ketemunya lagi tetapi ingatlah apa yang kita belajar biar pun dari sains sosial, seni, sains tulen, engineering, kaunseling, pendidikan, teknologi maklumat belajarlah bersungguh-sungguh sehingga hadir minat dan kemahiran dalam bidang yang kita perolehi, dan akhirnya kita dijadikan rujukan dalam bidang yang kita kuasai.

Perbezaannya alam universiti berbanding sekarang adalah semuanya terletak keatas diri kita masing-masing, sama ada nak menempah kejayaan atau sebaliknya, sama ada ingin membanggakan ibu dan ayah atau sebaliknya

ingatlah

kenapa kita dilahirkan atas muka bumi Allah s.w.t, penciptaan kita bukan sia-sia ada tujuan dan matlamatnya dan bakal dipersoal segala apa yang kita lakukan.semoga hidup kita lebih bermanfaat dan setiap amal diterima Allah s.w.t.

doalah supaya dapat yang terbaik untuk kemasukan nanti dan bertawakallah kepadaNya agar segala pilihan yang diberikan juga pilihan yang terbaik.


boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu, (al Baqarah :216)

wallahualam.

Wednesday 8 January 2014

Pertembungan Yang Membimbangkan



semoga dakwah dan tarbiyyah yang membina kita

dapat membezakan kita dan mereka

yang mana haq dan batil,

yang mana kawan yang mana lawan

ukhwah yang terbina jangan dicemari dengan permusuhan dek kerana sikap angkuh musuh

biar sekalipun manusia membenci kita tetapi kerana mencari redha Allah s.w.t kita bertindak,

masyarakat memerlukan kita, mereka perlukan sentuhan dari seseorang yang bergelar daie untuk faham islam secara jelas bukan dikelirukan oleh musuh

kerana,

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

makanya,

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq (kebenaran) dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq(kebenaran) itu, sedang kamu mengetahui" (2: 42) .


walluahalam.

Kenali penulis yang baik




"penulis yang baik akan menyebarkan kebaikan dalam penulisannya dan memberi kesan yang mendalam buat si pembaca kerana dia melaksanakan terlebih dahulu apa yang ingin disampaikan kepada orang lain"

ada roh dalam penulisannya...Wow.


p/s: Subhanallah, bacaan yang mendatangkan satu pukulan yang amat dasyat sehingga mampu mengubah cara berfikir, cara bertindak, cara hidup menjadi lebih baik dengan izin Allah s.w.t.

Alim vs Jahil


Realiti semasa :

"orang yang berilmu kebanyakkannya mendiamkan diri, orang yang jahil pula lantang berbicara, lalu mereka yang jahil diangkat menjadi pemimpin, idola dan ikutan kerana kelantangannya bukan ilmu yang ada pada diri "

Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq (kebenaran) dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq(kebenaran) itu, sedang kamu mengetahui (2: 42) .


p/s; kalau xmo jadi jahil, rajin-rajin ler pergi mengaji, kalau diri xberapa nak pandai xde masalah,asalkan jangan buta agama.

-Penyaksian terhadap kebenaran-


sudah sempurnakah syahadah kita selama ini ?

sampaikanlah dengan sebaik mungkin walaupun mereka menolak

suarakan kebenaran bagi menundukkan kebatilan,

kerana kebatilan sentiasa mencari peluang menjatuhkan kebenaran,

aku, dia dan kamu perlu fahami risalah ini sebaik mungkin

kerana,

setiap dari kita telah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya.

namun,

tidak ada seorang pun terlepas dari penyaksian ini

jika tidak dilaksana dengan sempurna sudah pasti bakal di dakwa kelak

cegah sebelum parah

ada alasan?

nak jawab apa ya?



Thursday 2 January 2014

kewajipan Vs keperluan


kewajipan dan keperluan adalah dua perkara yang perlu kita tahu perbezaannya, dari sudut istilah kewajipan membawa maksud sesuatu yang arahan atau tuntutan yang wajib dilaksanakan, jikalau tidak dilaksanakan maka hukumnya berdosa manakala keperluan pula adalah sesuatu yang memberikan manfaat atau kepentingan terhadap seseorang dalam mengerjakan sesuatu perkara.

jelas di sini menunjukkan kewajipan dan keperluan adalah dua perkara yang berbeza, tetapi perlu kita tahu setiap kewajipan ada keperluannya, ayuh kita tengok mengenai solat fardhu sebagai contoh yang sering diabaikan keperluannya dalam kewajipan.

-solat fardhu-



solat fardhu dituntut kita melaksanakannya dan hukumnya wajib tetapi kalau sekadar kewajipan tanpa meletakkan keperluan dalam solat makanya kita lihat situasi solat dihujung waktu, solat bersendirian,solat dalam keadaan wuduk yang tidak sempurna, pakaian yang tidak bersih, solat express, solat dalam keadaan bergurau senda asalkan kewajipan terlaksana sedangkan mereka yang betul-betul memahami keperluan dalam kewajipan solat fardhu ini akan sentiasa bersiap sedia dengan pakaian yang bersih, wuduk yang sempurna, solat diawal waktu dalam keadaan berjemaah di surau/masjid dan menghadirkan rasa kusyuk dalam ibadah yang dilakukan kerana dia tahu dengan solat yang sempurna dapat mencegah dirinya dari kemungkaran dan maksiat, dengan solat yang sempurna menjadi penghubung kecemerlangan dunia dan kebahagiaan dia di akhirat

Rasulullah s.a.w bersabda sebagaimana yang direkodkan oleh imam Bukhari dan Muslim, " seandainya orang mengetahui pahala menyambut azan dan saf awal serta bagi mendapatkannya mesti dengan undian, maka tentu mereka mengadakan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala berlumba-lumba bagi mereka berangkat  mengerjakan solat, nescaya mereka bersegera mendatanginya.."

Hadis di atas menyebut mengenai pahala yang diperolehi oleh mereka yang mengerjakan solat dan salah satu motivasi dari Rasulullah s.a.w supaya bersegera dalam melakukannya, sudah tentu ramai yang tertarik apabila menyebut mengenai ganjaran pahala, syurga dan sebagainya tetapi tidak cukup dengan itu, bagaimana pula kita memahami keperluan atau kepentingan/manfaat solat dalam kehidupan seharian.

dalam sebuah karya berjudul "Jika anda ingin berjaya, bersolatlah", Kiyai Haji Muhammad Rusli Amin menyatakan bagaimana menterjemahkan solat dalam kehidupan, beliau memberikan contoh dalam surah al-Ankabut ayat 45 " dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar, kemudian dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan" sesiapa yang tidak terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar oleh solatnya, maka itu tidaklah dia bertambah dekat dengan Allah s.w.t bahkan sebenarnya dia bertambah jauh. Ramai yang memahami solat itu wajib dan melaksanakan kewajipannya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali letih dan penat, hal ini kerana mereka tidak merasakan solat itu satu keperluan tetapi sekadar kewajipan.


Solat juga mengajar mengenai displin waktu dan fokus dalam urusan, dalam sehari seorang muslim diwajibkan melaksanakan solat fardhu sebanyak lima kali mengikut waktu-waktu tertentu, jika seseorang itu sentiasa solat diawal waktu secara berjemaah, secara tidak langsung mengajar dirinya supaya tidak bertangguh dan melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya, jika dia solat dengan kusyuk dan tenang, maka akan mempengaruhi diri menjadi seorang yang berfokus dalam kehidupan seharianya.

dan banyak lagi manfaat yang diperolehi seseorang dengan melaksanakan solat secara sempurna, bahkan formula ini boleh diguna pakai dalam setiap amal ibadah kita yang lain contohnya menuntut ilmu, jika sekadar melunaskan kewajipan dalam menuntut ilmu, kita akan belajar semata-mata kerana diberikan ujian bukannya mengambil ilmu itu untuk dipratikkan, dan diluaskan manfaatnya untuk ummah kelak dan banyak lagi kewajipan lain yang sering diabaikan keperluannya seperti tuntutan kalimah syahadah, berdakwah, puasa dibulan ramadhan, membayar zakat dan sebagainya.


mulai saat ini, ambil tahu keperluan / kepentingan dalam setiap kewajipan yang kita lakukan supaya setiap amal kita mendatangkan manfaat setelah kita bersungguh-sungguh mengerjakannya. Jangan sekadar mengerjakannya tanpa tahu tujuan akhirnya sia-sia belaka.

selamat beramal dengan amal yang paling terbaik berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 :
" Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun"

dan direkodkan daripada Abu Daud, Rasulullah bersabda " ibadah yang paling disukai di sisi Allah s.w.t adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit"


Salam hormat daripada saya yang masih belajar.

Al haqir-wal-faqir ilalLlah.

Badrunaim Ansari bin Burhanudin