Powered By Blogger

Thursday 2 January 2014

kewajipan Vs keperluan


kewajipan dan keperluan adalah dua perkara yang perlu kita tahu perbezaannya, dari sudut istilah kewajipan membawa maksud sesuatu yang arahan atau tuntutan yang wajib dilaksanakan, jikalau tidak dilaksanakan maka hukumnya berdosa manakala keperluan pula adalah sesuatu yang memberikan manfaat atau kepentingan terhadap seseorang dalam mengerjakan sesuatu perkara.

jelas di sini menunjukkan kewajipan dan keperluan adalah dua perkara yang berbeza, tetapi perlu kita tahu setiap kewajipan ada keperluannya, ayuh kita tengok mengenai solat fardhu sebagai contoh yang sering diabaikan keperluannya dalam kewajipan.

-solat fardhu-



solat fardhu dituntut kita melaksanakannya dan hukumnya wajib tetapi kalau sekadar kewajipan tanpa meletakkan keperluan dalam solat makanya kita lihat situasi solat dihujung waktu, solat bersendirian,solat dalam keadaan wuduk yang tidak sempurna, pakaian yang tidak bersih, solat express, solat dalam keadaan bergurau senda asalkan kewajipan terlaksana sedangkan mereka yang betul-betul memahami keperluan dalam kewajipan solat fardhu ini akan sentiasa bersiap sedia dengan pakaian yang bersih, wuduk yang sempurna, solat diawal waktu dalam keadaan berjemaah di surau/masjid dan menghadirkan rasa kusyuk dalam ibadah yang dilakukan kerana dia tahu dengan solat yang sempurna dapat mencegah dirinya dari kemungkaran dan maksiat, dengan solat yang sempurna menjadi penghubung kecemerlangan dunia dan kebahagiaan dia di akhirat

Rasulullah s.a.w bersabda sebagaimana yang direkodkan oleh imam Bukhari dan Muslim, " seandainya orang mengetahui pahala menyambut azan dan saf awal serta bagi mendapatkannya mesti dengan undian, maka tentu mereka mengadakan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala berlumba-lumba bagi mereka berangkat  mengerjakan solat, nescaya mereka bersegera mendatanginya.."

Hadis di atas menyebut mengenai pahala yang diperolehi oleh mereka yang mengerjakan solat dan salah satu motivasi dari Rasulullah s.a.w supaya bersegera dalam melakukannya, sudah tentu ramai yang tertarik apabila menyebut mengenai ganjaran pahala, syurga dan sebagainya tetapi tidak cukup dengan itu, bagaimana pula kita memahami keperluan atau kepentingan/manfaat solat dalam kehidupan seharian.

dalam sebuah karya berjudul "Jika anda ingin berjaya, bersolatlah", Kiyai Haji Muhammad Rusli Amin menyatakan bagaimana menterjemahkan solat dalam kehidupan, beliau memberikan contoh dalam surah al-Ankabut ayat 45 " dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar, kemudian dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan" sesiapa yang tidak terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar oleh solatnya, maka itu tidaklah dia bertambah dekat dengan Allah s.w.t bahkan sebenarnya dia bertambah jauh. Ramai yang memahami solat itu wajib dan melaksanakan kewajipannya tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali letih dan penat, hal ini kerana mereka tidak merasakan solat itu satu keperluan tetapi sekadar kewajipan.


Solat juga mengajar mengenai displin waktu dan fokus dalam urusan, dalam sehari seorang muslim diwajibkan melaksanakan solat fardhu sebanyak lima kali mengikut waktu-waktu tertentu, jika seseorang itu sentiasa solat diawal waktu secara berjemaah, secara tidak langsung mengajar dirinya supaya tidak bertangguh dan melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya, jika dia solat dengan kusyuk dan tenang, maka akan mempengaruhi diri menjadi seorang yang berfokus dalam kehidupan seharianya.

dan banyak lagi manfaat yang diperolehi seseorang dengan melaksanakan solat secara sempurna, bahkan formula ini boleh diguna pakai dalam setiap amal ibadah kita yang lain contohnya menuntut ilmu, jika sekadar melunaskan kewajipan dalam menuntut ilmu, kita akan belajar semata-mata kerana diberikan ujian bukannya mengambil ilmu itu untuk dipratikkan, dan diluaskan manfaatnya untuk ummah kelak dan banyak lagi kewajipan lain yang sering diabaikan keperluannya seperti tuntutan kalimah syahadah, berdakwah, puasa dibulan ramadhan, membayar zakat dan sebagainya.


mulai saat ini, ambil tahu keperluan / kepentingan dalam setiap kewajipan yang kita lakukan supaya setiap amal kita mendatangkan manfaat setelah kita bersungguh-sungguh mengerjakannya. Jangan sekadar mengerjakannya tanpa tahu tujuan akhirnya sia-sia belaka.

selamat beramal dengan amal yang paling terbaik berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2 :
" Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun"

dan direkodkan daripada Abu Daud, Rasulullah bersabda " ibadah yang paling disukai di sisi Allah s.w.t adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit"


Salam hormat daripada saya yang masih belajar.

Al haqir-wal-faqir ilalLlah.

Badrunaim Ansari bin Burhanudin

No comments:

Post a Comment