"manusia yang hebat, bukanlah dari kalangan mereka yang petah berkata-kata, hebat penulisannya, tinggi ilmunya tetapi manusia yang hebat mereka yang mampu melaksanakan apa yang mereka ungkapkan, mereka bukti kata-kata dengan tindakan,mereka bertindak dan berkerja dengan bersungguh-sungguh" " Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (61:2-3).
Monday 13 January 2014
Menara Gading mu tunggu aku datang
bersemangatlah wahai adik-adiku sekalian
barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak…
( an-Nisa:19)
setiap dari kita layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading walau siapa pun kita, Allah s.w.t mengatur rezeki itu berbeda-beda buat hambaNya ada yang segera ada yang tertunda yang pastinya setiap dari kita ada bahagian masing-masing yang Allah s.w.t berikan tanpa kita sedari dalam kehidupan ini
Jalan menuju kejayaan tidak lah mudah yang disangka, ia berliku ia berduri, siapa yang sabar dan tidak berputus asa, insyaAllah dia akan melihat kebahagian dalam kejayaan yang dia idamkan walaupun rakan-rakannya sudah pun berjaya
kerana,
definisi kejayaan bagi setiap kita adalah berbeza,ada yang bila mana kejayaan membuatkan ibu dan ayah merasa bangga dengan kejayaannya dalam pelajaran, ada yang bila mana mendapat pekerjaan yang hebat dan sebagainya
apa definisi kejayaan bagi adik-adik sekalian?
hari ini peluang melanjutkan ke universiti sudah terbuka luas, sesiapa sahaja yang layak akan diterima walaupun dalam panggilan kedua,bersyukur lah saat itu kerana masih ada yang ingin belajar tetapi tidak berkemampuan
adik-adik sekalian,
apa minat kita sebenarnya? apa kemahiran dan kebolehan kita? mungkin saat ini belum kita ketemunya lagi tetapi ingatlah apa yang kita belajar biar pun dari sains sosial, seni, sains tulen, engineering, kaunseling, pendidikan, teknologi maklumat belajarlah bersungguh-sungguh sehingga hadir minat dan kemahiran dalam bidang yang kita perolehi, dan akhirnya kita dijadikan rujukan dalam bidang yang kita kuasai.
Perbezaannya alam universiti berbanding sekarang adalah semuanya terletak keatas diri kita masing-masing, sama ada nak menempah kejayaan atau sebaliknya, sama ada ingin membanggakan ibu dan ayah atau sebaliknya
ingatlah
kenapa kita dilahirkan atas muka bumi Allah s.w.t, penciptaan kita bukan sia-sia ada tujuan dan matlamatnya dan bakal dipersoal segala apa yang kita lakukan.semoga hidup kita lebih bermanfaat dan setiap amal diterima Allah s.w.t.
doalah supaya dapat yang terbaik untuk kemasukan nanti dan bertawakallah kepadaNya agar segala pilihan yang diberikan juga pilihan yang terbaik.
boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu, (al Baqarah :216)
wallahualam.
Wednesday 8 January 2014
Pertembungan Yang Membimbangkan
semoga dakwah dan tarbiyyah yang membina
kita
dapat membezakan kita dan mereka
yang mana haq dan batil,
yang mana kawan yang mana lawan
ukhwah yang terbina jangan dicemari
dengan permusuhan dek kerana sikap angkuh musuh
biar sekalipun manusia membenci kita
tetapi kerana mencari redha Allah s.w.t kita bertindak,
masyarakat memerlukan kita, mereka
perlukan sentuhan dari seseorang yang bergelar daie untuk faham islam secara
jelas bukan dikelirukan oleh musuh
kerana,
“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang
lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan
sebagai sahih oleh al-Albani)
makanya,
"Dan janganlah kamu campur adukkan
yang haq (kebenaran) dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang
haq(kebenaran) itu, sedang kamu mengetahui" (2: 42) .
walluahalam.
Kenali penulis yang baik
"penulis yang baik akan menyebarkan
kebaikan dalam penulisannya dan memberi kesan yang mendalam buat si pembaca
kerana dia melaksanakan terlebih dahulu apa yang ingin disampaikan kepada orang
lain"
ada roh dalam penulisannya...Wow.
p/s: Subhanallah, bacaan yang mendatangkan
satu pukulan yang amat dasyat sehingga mampu mengubah cara berfikir, cara
bertindak, cara hidup menjadi lebih baik dengan izin Allah s.w.t.
Alim vs Jahil
Realiti semasa :
"orang yang berilmu kebanyakkannya
mendiamkan diri, orang yang jahil pula lantang berbicara, lalu mereka yang
jahil diangkat menjadi pemimpin, idola dan ikutan kerana kelantangannya bukan
ilmu yang ada pada diri "
Dan janganlah kamu campur adukkan yang haq
(kebenaran) dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang
haq(kebenaran) itu, sedang kamu mengetahui (2: 42) .
p/s; kalau xmo jadi jahil, rajin-rajin ler pergi
mengaji, kalau diri xberapa nak pandai xde masalah,asalkan jangan buta agama.
-Penyaksian terhadap kebenaran-
sudah
sempurnakah syahadah kita selama ini ?
sampaikanlah
dengan sebaik mungkin walaupun mereka menolak
suarakan
kebenaran bagi menundukkan kebatilan,
kerana
kebatilan sentiasa mencari peluang menjatuhkan kebenaran,
aku,
dia dan kamu perlu fahami risalah ini sebaik mungkin
kerana,
setiap
dari kita telah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan
Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya.
namun,
tidak
ada seorang pun terlepas dari penyaksian ini
jika
tidak dilaksana dengan sempurna sudah pasti bakal di dakwa kelak
cegah
sebelum parah
ada
alasan?
nak
jawab apa ya?
Thursday 2 January 2014
kewajipan Vs keperluan
kewajipan
dan keperluan adalah dua perkara yang perlu kita tahu perbezaannya, dari sudut
istilah kewajipan membawa maksud sesuatu yang arahan atau tuntutan yang wajib
dilaksanakan, jikalau tidak dilaksanakan maka hukumnya berdosa manakala
keperluan pula adalah sesuatu yang memberikan manfaat atau kepentingan terhadap
seseorang dalam mengerjakan sesuatu perkara.
jelas di
sini menunjukkan kewajipan dan keperluan adalah dua perkara yang berbeza,
tetapi perlu kita tahu setiap kewajipan ada keperluannya, ayuh kita tengok
mengenai solat fardhu sebagai contoh yang sering diabaikan keperluannya dalam
kewajipan.
-solat
fardhu-
solat
fardhu dituntut kita melaksanakannya dan hukumnya wajib tetapi kalau sekadar
kewajipan tanpa meletakkan keperluan dalam solat makanya kita lihat situasi
solat dihujung waktu, solat bersendirian,solat dalam keadaan wuduk yang tidak
sempurna, pakaian yang tidak bersih, solat express, solat dalam keadaan
bergurau senda asalkan kewajipan terlaksana sedangkan mereka yang betul-betul
memahami keperluan dalam kewajipan solat fardhu ini akan sentiasa bersiap sedia
dengan pakaian yang bersih, wuduk yang sempurna, solat diawal waktu dalam
keadaan berjemaah di surau/masjid dan menghadirkan rasa kusyuk dalam ibadah
yang dilakukan kerana dia tahu dengan solat yang sempurna dapat mencegah
dirinya dari kemungkaran dan maksiat, dengan solat yang sempurna menjadi
penghubung kecemerlangan dunia dan kebahagiaan dia di akhirat
Rasulullah
s.a.w bersabda sebagaimana yang direkodkan oleh imam Bukhari dan Muslim, "
seandainya orang mengetahui pahala menyambut azan dan saf awal serta bagi
mendapatkannya mesti dengan undian, maka tentu mereka mengadakan undian itu.
Seandainya mereka mengetahui pahala berlumba-lumba bagi mereka berangkat mengerjakan solat, nescaya mereka bersegera
mendatanginya.."
Hadis di
atas menyebut mengenai pahala yang diperolehi oleh mereka yang mengerjakan
solat dan salah satu motivasi dari Rasulullah s.a.w supaya bersegera dalam
melakukannya, sudah tentu ramai yang tertarik apabila menyebut mengenai
ganjaran pahala, syurga dan sebagainya tetapi tidak cukup dengan itu, bagaimana
pula kita memahami keperluan atau kepentingan/manfaat solat dalam kehidupan
seharian.
dalam
sebuah karya berjudul "Jika anda ingin berjaya, bersolatlah", Kiyai
Haji Muhammad Rusli Amin menyatakan bagaimana menterjemahkan solat dalam
kehidupan, beliau memberikan contoh dalam surah al-Ankabut ayat 45 "
dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar,
kemudian dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan" sesiapa yang tidak
terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar oleh solatnya, maka itu tidaklah
dia bertambah dekat dengan Allah s.w.t bahkan sebenarnya dia bertambah jauh.
Ramai yang memahami solat itu wajib dan melaksanakan kewajipannya tetapi tidak
mendapat apa-apa kecuali letih dan penat, hal ini kerana mereka tidak merasakan
solat itu satu keperluan tetapi sekadar kewajipan.
Solat juga
mengajar mengenai displin waktu dan fokus dalam urusan, dalam sehari seorang
muslim diwajibkan melaksanakan solat fardhu sebanyak lima kali mengikut
waktu-waktu tertentu, jika seseorang itu sentiasa solat diawal waktu secara
berjemaah, secara tidak langsung mengajar dirinya supaya tidak bertangguh dan
melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya, jika dia solat dengan kusyuk dan
tenang, maka akan mempengaruhi diri menjadi seorang yang berfokus dalam
kehidupan seharianya.
dan banyak
lagi manfaat yang diperolehi seseorang dengan melaksanakan solat secara
sempurna, bahkan formula ini boleh diguna pakai dalam setiap amal ibadah kita
yang lain contohnya menuntut ilmu, jika sekadar melunaskan kewajipan dalam
menuntut ilmu, kita akan belajar semata-mata kerana diberikan ujian bukannya
mengambil ilmu itu untuk dipratikkan, dan diluaskan manfaatnya untuk ummah
kelak dan banyak lagi kewajipan lain yang sering diabaikan keperluannya seperti
tuntutan kalimah syahadah, berdakwah, puasa dibulan ramadhan, membayar zakat
dan sebagainya.
mulai saat
ini, ambil tahu keperluan / kepentingan dalam setiap kewajipan yang kita
lakukan supaya setiap amal kita mendatangkan manfaat setelah kita
bersungguh-sungguh mengerjakannya. Jangan sekadar mengerjakannya tanpa tahu
tujuan akhirnya sia-sia belaka.
selamat
beramal dengan amal yang paling terbaik berdasarkan firman Allah dalam surah
al-Mulk ayat 2 :
"
Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya, dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun"
dan
direkodkan daripada Abu Daud, Rasulullah bersabda " ibadah yang paling
disukai di sisi Allah s.w.t adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun
sedikit"
Salam
hormat daripada saya yang masih belajar.
Al
haqir-wal-faqir ilalLlah.
Badrunaim
Ansari bin Burhanudin
Subscribe to:
Posts (Atom)