Powered By Blogger

Tuesday 24 September 2013

Kewajipan Dakwah Untuk Semua



brother shahkirit..
Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai da’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi. Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”. Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”. Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul. 

Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama; “(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah”. Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.

Allah swt mengatakan didalam surah Al-Asr 103:1-4 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”. ‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi munkar’ yakni melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan da’wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggung-jawab setiap orang Islam.

Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabah yang tidak kurang dari 110,000 orang “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam” dan para sahabah pun secara serentak menjawab “Ya Rasulullah! Kau telah sampaikan”. Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka “Siapa-siapa yang hadir disini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir”. Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan da’wah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan da’wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur’an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat. Sekurang-kurangnya kita tahu ‘La ilaha ilallah’, maka sampaikanlah ia.

Dewasa ini dunia kita sudah berubah menjadi materialistic. Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah swt mengajak kita berniaga denganNya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.

Kini bila berniaga kita hendak tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah 2:261 adalah “Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Yakni setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Didalam bahasa perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada perniagaan lain didunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga 70,000%?

‘Master key’ untuk melakukan da’wah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali Imram 3:64 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”

Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya diperingkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Qur’an dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini tidak percaya atau tidak yakin kerana mereka belum beriman kepada Al-Qur’an. Sekiaranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian:



“My Father is greater than I” [John 14:28]

“My father is greater than all” [John 10:29]

“…I cast out devil by the spirit of God…” [Matthew 12:28]

“…I with the finger of God cast out devils…” [Luke 11:20]

“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I

seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.” [John 5:30]

“…and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.” [John 14:24]

“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”

“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan da’wah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas 112”1-4 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya’.”

Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan didalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular dikalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

“ Those whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of worship according to their own natures.” [Bhagavad Gita 7:20]



“Ekam evadvitiyam”

“He is One only without a second” [Chandogya Upanishad 6:2:1] 1



“Na casya kascij janita na cadhipah.”

“Of Him there are neither parents nor lord.” [Svetasvatara Upanishad 6:9] 2



“Na tasya pratima asti”

“There is no likeness of Him” [Svetasvatara Upanishad 4:19] 3



“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”

“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”

[Svetasvatara Upanishad 4:20] 4



“Na tasya pratima asti”

“There is no image of Him” [Yajurveda 32:3] 5



“Shudhama poapvidham”

“He is bodiless and pure” [Yajurveda 40:8] 6



“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”

“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).

“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair, idol etc.).” [Yajurveda 40:9] 7



Brahma Sutra of Hinduism:

“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”

“There is only one God, not the second;

Not at all, not at all, not in the least bit”.

Namun begitu dalam kita menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah swt didalam Surah An-Nahl 16:125 “Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan da’wah Islamiah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali. Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah; “Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena ‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!) dan bermacam-macam lagi. Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak ‘meMelayukan’ seseorang yang masuk Islam dari mengIslamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya.

Sepatutnya kita jangan terlalu tekan berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah mantap barulah kita sampaikan bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh dihati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, InsyaAllah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir disini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangun. Bukannya bangun dari tempat duduk tetapi marilah kita bangun tidur kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

BERHENTI dari memberikan alasan. Bila saya mengajak orang untuk berda’wah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah swt memberika amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah 9:24 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”. Hari ini kita orang-orang Islam masih lagi tunggu!

Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut:


a) Tunggulah saya pandai – sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu; “Sampaikanlah walau satu ayat”.

b) Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam – sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah saw; “Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir”.

c) Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan da’wah – di zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda dari memberikan da’wah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu padukan semua kaum tersebut dibawah panji Islam!

d) Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain – Dalam Islam ia menjadi tanggung-jawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar’.

Saya akhiri dengan sketsa berikut; bayangkanlah suatu hujung minggu kita pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.

Wa akhiri da’wana anil hamdulillahi Robbil ‘alamin.

brother shahkirit..

Asas-Asas Amal Tajmik : Panduan Para Da'ie



Manhaj perubahan Islam berasaskan kerja-kerja menghimpun, mentarbiyyah dan menyusun batu bata binaan organisasi Islam mempunyai 10 asas penting.

1. Menyempurnakan kekurangan tarbawi yang terkurang hasil didikan realiti masyarakat yang membesarkannya.
Setiap individu akan terkesan dengan realiti sosial, politik, ekonomi, budaya, sistem dan segalanya yang melingkungi pembesarannya sejak kecil sama ada positif atau negatif. Sekiranya wujud aspek-aspek positif maka tugas amal dakwah adalah menyempurnakannya dan meningkatkan kemampuannya bukan memulakannya dari awal. Sebaliknya jika wujud kekurangan perlulah disempurnakan dari tahap kelemahan itu dan meningkatkannya ketahap yang lebih tinggi bukan mengabaikannya atau mengajarnya sesuatu yang bukan keutamaan untuk dirinya.
Contohnya:  Jika seorang itu tidak tahu membaca al-Quran maka tidaklah layak beliau diajar ilmu `tarannum’.
Setiap sesuatu ada asas dan ada cabang atau pelengkapnya. Sebelum seseorang itu diajar dan dikembangkan aspek-aspek cabang dan pengkhususan beliau terlebih dahulu perlu disempurnakan asas-asasnya melalui proses tarbiyyah.
” Bertuturlah dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya”
” Belajarlah untuk memahami sebelum dilantik menjadi pemimpin”
” Apabila seorang yang muda dilantik menjadi pemimpin akan menyebabkannya kehilangan banyak ilmu”.
” Tentera adalah laluan kepada kepimpinan”.
Manhaj tarbiah adalah sesutu yang lengkap dan fleksible. Ia bukan sekadar silibus-silibus yang disusun dan dilaksanakan mengikut semester tetapi , proses tarbiyyah memerlukan seorang murabbi yang faham realiti orang yang ditarbiyyahnya, mengetahui kelebihan dan kekurangan yang ada untuk ditingkatkan dan diperbetulkan.
Tarbiyyah bukan sekadar membaca buku tetapi melihat apakah objektif perubahan yang hendak dihasilkan dan merangka aktiviti-aktiviti tarbiyyah yang boleh mencapai tujuannya melalui wasilah-wasilah tarbiyyah yang telah terbukti berkesan.
Namun para pendakwah di Malaysia secara spesifik perlu mengenali kelemahan asas yang ada dalam masyarakat Melayu Muslim khususnya hasil daripada kelemahan sistem pendidikan yang mereka lalui, budaya hidup, cara berfikir, tabiat-tabiat negatif, pendedahan ilmiah dan pekerjaan yang di lalui selain serangan terancang musuh Islam yang berjaya menyelewengkan identiti masyarakat Islam daripada objektif Syarak sebenar.

2. Membekalkan kepada para pendakwah nota-nota pembuka perbincangan.
Perkara yang paling sukar dalam kerja-kerja tajmik ialah untuk mencari topik perbincangan untuk dimulakan dengan orang disekitarnya. Lebih sukar lagi untuk menyusun dan membawa perbincangan kepada idea Islam yang sebenar terhadap sesuatu isu dan menyusun keutamaannya.
Kita tidak mempunyai masa untuk dibazirkan kepada perbincangan isu-isu politik, ekonomi, sosial dengan sekadar mengkritik atau tindak balas terhadap isu-isu yang sengaja ditimbulkan musuh Islam atau oleh orang yang tidak mempunyai plan kehidupan yang jelas tanpa sesuatu objektif yang membina.
Sebaliknya pendakwah perlu fokuskan perbincangan kepada isu-isu asas yang boleh menggerakkan minda masyarakat untuk memahami realiti dan kedudukan intimak mereka di dalam Islam, menyedarkan mereka terhadap bahaya yang menimpa ummah, musuh-musuh yang berkerja secara terencana dan menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap Allah dalam diri mereka untuk bertindak membuat perubahan.
Hari ini masyarakat terdedah kepada tulisan-tulisan dalam majalah, akhbar, blog-blog dan sebagainya daripada penulis-penulis yang merupakan anti Islam atau penulis Islam yang tidak membawa masyarakat kepada kematangan identiti.
Tanggungjawab amal Jama`i menuntut agar gerakan Islam menyediakan bahan-bahan pembuka yang mengetengahkan idea Islam terhadap seluruh isu dan mengemukakan jalan penyelesaiannya.
Terdapat di medan dakwah tulisan-tulisan, bahan terjemahan dan sebagainya yang bermutu dan boleh digunakan oleh pendakwah. Tugas pemimpin amal Islam ialah memilih dan menyusunnya mengikut keutamaan berasaskan abjadiyat amal-amal tarbawi.

3. Pendakwah perlu berusaha berbicara perkara yang sesuai denagan keperluan mad`u.
Asas ini menyempurnakan asas terdahulu. Seorang pendakwah perlu tahu, faham dan jelas objektif perubahan yang ingin dicapai hasil daripada perbincangannya dengan mad`unya. Oleh itu pendakwah perlu memilih topik dan memandu perbincangan supaya mencapai objektif.
Namun perkara lebih utama ialah ; pendakwah mendengar seluruh luahan pemikiran dan perasaan mad`unya agar beliau mengetahui tahap pemikiran, pandangan, pegangan, salah faham dan sebaginya supaya pendakwah mampu mengarahkan perbincangan kepada objektif yang sesuai.
Pimpinan gerakan Islam perlu menyusun tajuk-tajuk dan bahan yang sesuai untuk mad`u diperingkat sekolah menengah, universiti, golongan buruh, petani dan sebagainya di samping tajuk-tajuk umum untuk semua golongan.
Persedian ini dapat mengelakkan para pendakwah bercakap mengikut ijtihad masing-masing dan lebih utama agar perbincangan tidak tersasar kepada persoalan yang tidak diperlukan atau topik yang belum tiba masanya.

4. Memperbanyakkan memperingatkan mengenai alasan realiti yang mewajibkan berkerja secara berjamaah
Dalil-dalil Syarak daripada nas-nas al-Quran dan Hadis bertujuan mencetuskan niat pengabdian diri kepada Allah dalam beramal untuk Islam secara berjamaah dan tuntutan keimanan manakala alasan-alasan realiti mendorongnya dengan lebih kuat.
Pendakwah perlu selalu mengingatkan tentang tabiat pertembungan antara kebenaran dan kebatilan dan menegaskan bahawa golongan batil bergerak secara terancang dan berorganisasi, berparti dan kerajaan. Pendakwah perlu menonjolkan wujud kesatuan peranan pemerintah, media massa, sistem kehakiman, sistem keselamatan negara hatta pendidikan dalam meneruskan agenda jahiliyyah.
Kefahaman ini menyedarkan bahawa berdiam diri atau berkerja secara tersendiri tanpa perancangan yang rapi adalah tidak selari dengan tuntutan perjuangan yang sebenar.

5. Ambil sesuatu daripada mad`u mengikut kemampuanya dan berikan kepadanya sekadar keperluannya.
Mad`u yang kita kumpulkan dalam satu kumpulan kecil masih terdapat kekurangan dalam diri mereka dan wujud perbezaan peribadi antara mereka. Gabungan pemikiran, kerohanian, latarbelakang kehidupan, pengalaman kekeluargaan, pendidikan dan sebagainya yang membentuk setiap diri mereka adalah tidak sama.
Ada yang berkesempatan belajar disekolah agama sejak kecil ada tidak, watak, ilmu dan keperibadian ibu bapa mereka juga berbeza, ada berpengalam luas dalam pelbagai aktiviti luar semasa di sekolah dan ada yang tidak berpengalaman. Ada yang terdedah dengan didikan guru-guru disekolah menengah yang kurang akhlaknya atau yang cenderung kepada kesufian.
Latarbelakang ini membentuk perbezaan kecenderungan, kemahiran, kesediaan untuk berdisiplin dan sebagainya. Melalui program membersihkan jiwa, menanamkan kesedaran Islam dan rasa tanggungjawab akan meletakkan mereka pada satu tahap yang sama secara umumnya dan masing-masing akan ada kelebihan yang berbeza yang boleh dimanfaatkan dalam medan amal.
Sikap para mad`u ingin melakukan perubahan pada diri dan mahu belajar sudah bermadai kepada duah untuk memberikan masanya kepada mereka.
Sikap utama pendakwah dengan mad`u ialah mengambil manfaat daripada mereka atau memberi tanggungjawab sekadar kemampuan mereka.
Kita tidak harus menjadikan kreteria bersemangat, kecenderungan untuk berdisiplin dan taat sebagai syarat asasi untuk kita mendidik mereka. Mungkin di kalangan mereka ada yang kurang berdisiplin dengan program tarbiyyah tetapi pendakwah yang mendidik mereka mungkin menyedari masa depan gemilang mereka yang boleh dimanfaatkan oleh dakwah pada masa hadapan jika mereka masih mempunyai hubungan rapat dengan pendakwah.
Mungkin mereka akan menjadi penulis akhbar yang terkenal, ahli politik yang baik, memiliki ijazah doktor falsafah dan menjadi pensyarah di universiti, tenaga pakar dalam jentera kerajaan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada dakwah pada masa hadapan.
Namun kemampuan duah untuk membawa mereka di dalam binaan tanzim adalah setinggi harapan dalam amal Islami.
Mungkin ada dikalangan pelajar universiti tetapi masih mempunyai watak seorang remaja yang belum matang. Pendakwah hanya perlu bersedia menerima keadaan ini dan menunggu mereka sempurna memiliki kematangan diri.
Ada di kalangan mad`u yang suka menunjuk-nunjuk, mementingkan pendapatnya, suka merajuk apabila ditegur, sekali sekala terjebak di dalam gejala lagha, ada yang bersemangat malakukan kerja-kerja dakwah sehingga mereka menyangka pendakwah lemah dan tidak memberikan tenaganya yang maksima. Ada dikalangan mad`u yang tidak sabar dengan corak pentarbiahan yang syumul dan cenderung dengan aktiviti-aktiviti ilmiah, menghadiri majlis-majlis ilmu dan menadah kitab. Gejala seumpama ini lahir apabila mad`u belum mencapai kedewasaan dalam tarbiyyah dan belum memahami tuntutan amal Islami semasa.
Pendakwah hanya perlu bersabar dan menyusun aktiviti tarbiahnya secara tersusun dan mendidik . Bagi kita masa sebahagian daripada rawatan.

6. Mengelakkan perbalahan mad`u dengan kaum keluarganya.
Terdapat dikalangan mad`u yang mempunyai semangat yang berlebihan yang mendorong mereka memetik buah sebelum masanya. Mereka segera membantah sikap ibu bapa yang bermuamalah dengan muamalah riba atau memaksa ibu dan saudara perempuan mereka untuk menutup aurat.
Sikap ini menjadikan mad`u menyalakan api peperangan diantaranya dan keluarganya.
Mereka perlu difahamkan bahawa beliau tidak menaggung bebanan dosa akibat maksiat keluarganya kerana itu adalah tanggungjawab bapanya sebagai ketua keluarga juga tidak menjejaskan maruah dirinya di sisi kita.
Begitu juga beliau perlu difahamkan bahawa kelaurganya adalah mangsa keadaan dan sistem yang ada sebelum menghukum mereka dengan sengaja menolak untuk melaksanakan syariat Islam.
Mungkin juga para mad`u memahami kewajiban tuntutan syarak secara melampau lalu beliau memerintahkan keluarganya melaksanakan tuntutan syarak lebih daripada batasan yang dibenarkan syarak tanpa memahami keperluan beliau merubah sesuatu kemungkaran dengan menggunakan pertimbangan keutamaan antara keperluan syarak, berperingkat, menggunakan uslub yang penuh kebijaksanaan, memaafkan, bertolak ansur dan nasihat yang baik.
Pendakwah perlu mengingatkannya bahawa masa sebahagian daripada proses rawatan.

7. Sentiasa menyelangi aktiviti umum dengan beriktikaf di dalam masjid.
Menggalakkan biah masjid di dalam diri mad`u merupakan unsur penting. Penegasan ini perlu kerana kebanyakan aktiviti dakwah lebih kepada aktiviti luaran seperti, riadah, khidmat masyarakat, kursus-kursus dan program-program umum lain.
Keseimbangan unsur tarbiah antara amal jasadi dan rohani adalah perkara utama. Realiti masyarakat kini terlalu jauh daripada masjid dan kebanyakan masa mereka dilaksanakan jauh daripada suasana tadabbur ayat-ayat al-Quran. Keadaan ini menjadikan ruh mereka tidak tenang dan mudah cenderung kepada kemaksiatan, lagha dan melupai akhirat.
Duduk seketika di dalam masjid jauh daripada kesibukan dunia memberi ruang kepada mad`u merenung ke dalam dirinya dan bermuhasabah supaya mereka dapat membetulkan pemikiran dan tindakan mereka.
Aktiviti ini boleh dilakukan sebelum atau sesudah solat fardu secara galakan dan bukan perintah daripada pendakwah. Tindakan secara sukarela dan sedar membuka ruang keinsafan di dalam diri mad`u terutamanya dengan keberkatan `Rumah Allah’.
Pendakwah hari ini banyak melakukan aktiviti mereka di pejabat dan di rumah kalaupun mereka memasuki masjid hanyalah untuk menunaikan solat fardu dan kemudian bergegas keluar.
Oleh itu memperuntukan masa beri’tikaf setiap hari beberapa jam untuk berfikir, bermuhasabah dan mentadabbur al-Quran dapat mengembalikan kecergasan rohani dan ketajaman firasat al-mukmin.
8. Mengawasi pembacaan mad`u.
Para pendakwah akan mendapati mad`unya teruja dengan buku-buku yang terlalu banyak di pasaran dan membelinya. Terdapat pelbagai tajuk yang ditulis, ada yang sesuai dengan tahap pentarbiahannya dan ada yang kurang sesuai terutamanya bagi menyusun abjadiyat kefahaman dalam pembentukan kepreribadiannya.
Tanpa panduan dan bimbingan akan menjadikan mad`u membaca tajuk-tajuk yang melampaui marhalahnya dan menjadikannya merasa jemu untuk membaca dan berbincang tajuk-tajuk pentarbiahan bagi menyempurnakan keperibadiannya.
Adalah tidak baik menghentikan minat untuk membaca tetapi pendakwah boleh menyusun tajuk-tajuk buku berdasarkan kepentingan dan keutamaan tarbawinya. Pendakwah perlu menjelaskan kenapa susunan pembacaan itu dilakukan supaya belaiu dapat mempelajari kepentingannya.

9. Mendidik mad`u melakukan tugas-tugas dakwahnya secara tenang.
Sebelum para mad`u turun ke medan melaksanakan peranannya berhujah dan berdialog dengan masyarakat pendakwah perlu terlebih dahulu membawanya bersama-sama melihat pendakwah melaksanakan dakwahnya.
Pendakwah perlu menunjukkan uslub berdialog secara hikmah, menjawab segala salah faham dengan teratur dan adab-adab ketika berbeza pendapat. Pendakwah boleh meminta mad`u mengumpul rakan-rakan sekolahnya atau anak-anak jirannya supaya da`i dapat bertemu dan berbincang dengan mereka.
Melalui uslub ini mad`u dapat mempelajari cara melaksanakan tugas dakwah secara tersusun dan terancang dengan baik.

10. Menghitung peribadi soleh dalam masyarakat secara `brainstorming’
Individu soleh dalam masyarakat masih ramai tetapi kita melupai nama dan rupa mereka disebabkan kesibukan tugasan harian kita.
Kita boleh menggunakan sedikit masa memerah otak menyusun nama-nama mereka dan menulisnya di dalam buku prospek dakwah kita akan memudahkan kita mendapat khidmat mereka apabila perlu.
Pendakwah boleh memperuntukan satu hari berkumpul disuatu tempat yang sunyi bersama-sama mad`unya untuk melakukan aktiviti `prospekting’.
Mulakan dengan kaum keluarganya dan sepupu-sepupunnya, gunakan masa 15 minit untuk aktiviti ini. Bayangkan wajah-wajah mereka dan pilihlah untuk permulaan 3 orang yang terbaik dikalangan mereka dan senaraikan nama-nama mereka di dalam buku prospek.
Seterusnya gunakan 15 minit untuk meneliti kaum kerabatnya yang lain dan 15 minit untuk meneliti anak-anak jirannya. Tambah sekurang-kurangnya 4 nama baru dalam senarai prospeknya.
Kemudian cubalah membayangkan rakan-rakan sekolahnya sejak kecil hingga peringkat menengah yang mungkin berada jauh daripadanya dan tambahkan 3 nama lagi di dalam senarainya.
Seterusnya membayangkan penduduk tamannya dan taman sekitarnya sehingga keseluruhnya daearah tempat tinggalnya dari satu lorong ke satu lorong lain. Masukkan 10 nama lagi dalam senarainya dikalangan nama-nama manusia soleh yang boleh membantu dakwah sekiranya mereka ditarbiah dengan baik.
Bayangkan penduduk negerinya, orang-orang dikilang-kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya. Bayangkan pelajar-pelajar universiti yang dikenalinya, rakan-rakan kuliahnya dari satu kursus ke satu kursus dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang dikenalinya.
Setrusnya bayangkan orang-orang soleh mengikut sektor yang dikenalinya mulakan dengan doktor, peguam, jurutera, kontrektor, peniaga dan sebagainya.
Setelah selesai menyenaraikan nama-nama mereka gunalah masa lain untuk mencari nombor-nombor telefon mereka atau alamat mereka. Mungkin ada nama-nama yang dimasukkan secara terburu-buru dan kurang soleh dan nama-nama yang tidak dapat dikesan maka bolehlah dibuang daripada senarai. Cukupkan senarai menjadi 40 nama.
Setelah itu pecahkan senarai-senarai tersebut kepada 3 kelompok.
15 orang pertama dikalangan mereka orang yang terbaik dikalangan kenalannya. Beliau perlu merencana bagaimana untuk menghubungi mereka dan memulakan persahabatan dengan mereka. Menziarahi mereka dimusim-musim perayaan dan ketika kesedihan. Sentiasa menyampaikan kepada mereka risalah-risalah yang diterbitkan oleh jamaahnya, mengingatkan mereka tarikh-tarikh kuliah dan ceramah yang di adakan dan menjemputnya kemajlis keraiannya.
Kelompok kedua dikalangan mereka yang mempunyai tahap sederhana di dalam kecintaan mereka kepada Islam dan dakwah . Tumpuan dakwah dilakukan secara sederhana atau mereka berada di negeri lain yang sukar diziarahi maka cukuplah berhubung melalui alat perhubungan lain yang sesuai.
Kelompok ketiga adalah kelompok yang lemah. Cukuplah menjaga hubungan baik dengan mereka dengan harapan mendapat kepercayaan dan sokongan mereka sama ada dengan menyerahkan anak-anak mereka untuk ditarbiah atau meminta mereka memberi undi mereka dalam pilihanraya atau meminta mereka menjadi orang tengah kepada kenalan mereka yang soleh untuk diperkenalkan kepada pendakwah.

Olahan dari : Muhammad al-Rasyid ; al-Masar , Funun al-Tajmi’.
sumber : Ustaz Annuar Salleh

Monday 23 September 2013

"Berkata Yang Baik atau Diam"


"muka dah bercahaya dah, ilmu dah tinggi, ibadah terjaga,imej dah kemas dihormati ramai tapi mulut? Allah Akhbar..."bukanya busuk tapi lebih dari tu.

susah kita nak hormat orang yang lidah dia hanya tahu mencarut, mencari salah orang, mengadu domba, membuat ftnah,  memaki hamun, dan bersangka buruk terhadap orang lain,  memang dasar mulut puaka betul.. ha ambik kau..aku pun dh terikut jugak..adoi..

Antara ciri-ciri orang beriman dia menjaga setiap tutur kata  yang keluar dari mulutnya, dia menjaga penulisannya kerana dia tahu setiap apa yang diucap dan ditulis akan dipertanggujawabkn

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (HR. Bukhari 6475)

Dari ‘Uqbah bin ‘Aamir, dia berkata, “Aku bertanya, wahai Rasulallah, apakah sebab keselamatan?” Beliau menjawab, “Kuasailah lidahmu, hendaklah rumahmu luas bagimu, dan tangisilah kesalahanmu”. (H.R. Tirmidzi, no.2406)

Yaitu janganlah engkau berbicara kecuali dengan perkara yang membawa kebaikanmu, betahlah tinggal di dalam rumah dengan melakukan ketaatan-ketaatan kepada Allah, dan hendaklah engkau menyesali kesalahanmu dengan cara menangis (benar-benar menyesal dan memohon ampun kepada Allah). (Lihat Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Tirmid


Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, jaga lidah , jaga penulisan kita kerana masyarakat perlukan mereka yang menyebarkan kebaikan dengan kebaikan bukannya menyebarkan kebaikan dengan kata-kata yang kotor dan kesat, bahkan kalau nak menegur sekalipun xperlu rasanya sehingga timbul caci maki sehingga membuatkan orang benci terhadap islam.

Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).

Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui. Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui." (Surah al-Isra ': 36).

Buat para pendakwah, kuasailah ilmu akhlak dan adab dalam penyampaian dakwah kepada masyarakat umum, dengan kata-kata yang baik dan bermanfaat, InsyaAllah akan menyentuh pintu hati mereka dan berminat untuk mendalami Islam dengan sempurna.

muhasabah diri seblum nikmat ditarik =)

Saturday 21 September 2013

Al-quran tidak berhuruf


pesanan Ustaz jefry :

Apakah yang dimaksudkan sering-seringlah membaca al-quran yang tidak berhuruf?

maksudnya :

lihat setiap kejadian yang ada di dalam kehidupan kita dan di sekeliling kita

itu adalah ayat-ayat yang boleh kita pelajari isi dan pengajarannya

dalam 24 jam apabila kita berfikir, merenung dan menghayati kehidupan ini pasti akan memperolehi ilmu yang banyak

mengambil ibrah dan pelajaran dari haiwan, tumbuhan, kejadian alam, fenomena alam, sikap manusia, dan semua ciptaan Allah s.w.t.

hatta Allah mencipta khinzir,iblis,syaitan pun tidak sia-sia, ada pelajarannya yang tersendiri.



maka “Apa beza orang beriman dengan orang yang tidak beriman apabila melihat kebesaran alam ini?”

Di dalam Al-Quran juga sering kali berulang ayat yang berbunyi “Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” atau dalam ayat yang lain... “Terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berakal..”

orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (3:190-191).



Selawat Cinta


Shollu Ala Muhammad
Shollu Alaihi Wasallim
Shollu Ala Muhammad
Shollu Alaihi Wasallim

Yaa Nabi salam alaika
Yaa Rasul salam alaika
Yaa Nabi salam alaika
Sholawatullah alaika

Berdiri bersama memuji yang mulia
Menyebut namanya tanda... cinta

Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi
Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi

Yaa Nabi salam alaika
Yaa Rasul salam alaika
Yaa Nabi salam alaika
Sholawatullah alaika

Indah wajahnya bagaikan purnama
Siapa melihatnya pasti jatuh cinta

Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi
Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi

Muhammad itulah namanya
Mulia dengan akhlaknya
Muhammad dia Nabi kita
Bershalawatlah kepadanya

Yaa Nabi salam alaika
Yaa rasul salam alaika
Yaa Nabi salam alaika
Sholawatullah alaika

Indahnya wajahnya bagaikan purnama
Siapa melihatnya pasti jatuh cinta

Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi
Salam rinduku kasih
Salam rinduku Nabi

Yaa Nabi salam alaika
Yaa Rasul salam alaika
Yaa Nabi salam alaika
Sholawatullah alaika
Sholawatullah alaika
Sholawatullah alaika


Emak Ingin Naik Haji




filem ini mungkin ramai yang dh menontonnya, (dh lama dh pun) termasuklah la saya yang dh hampir berulang-ulang kali menonton filem ini tetap akan menangis melihat kisah ini........adakah kita sekadar menonton???

tidakk, jom kita ambil ibrah dari filem ini

filem ini mengkisahkan seorang ibu tua yang bercita-cita tinggi untuk menunaikan haji tetapi kesempitan hidup tidak menghalangnya mengumpul dan menyimpan wang untuk menunaikan haji... (pkerjaan beliau hnyalah mmbuat dan mnjual kuih muih).

selain itu, ibrah yang kita boleh ambil adalah kisah seorang anak yang sentiasa ingin berkorban untuk ibunya..sanggup buat apa saja demi melihat ibunya gembira dan dapat menunaikan haji...xkisah dirinya sakit atau susah yang penting hajat ibunya tercapai....

*adakah kita selalu menggembirakan ibu sepjang hdup kita? atau selalu biar ibu terasa dengan tingkah laku kita...biarpun ibu kita seorang yg miskin,tidak berpeljaran,sakit,tidak mmpu mmbeli apa yg kita suka,tggl di pondok usang,dipandgn hina oleh org lain....dia tetap ibu kita yang telah melahirkan kita,mnjga kita, membsarkan dan berkorban untuk kita.....




balaslah jasa ibu mu sementara dia masih ada bersamamu...hormatilah dan bahagiakanlah dia, jangan biar orang lain yang menjaga ibumu kerana hnya dialah yg seorang dan tiada yg kedua...

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

surah al-Israk ayat 23-24


Emak Ingin Naik Haji (2009) Full Movie

Penghargaan Sebuah Kehidupan


Hidup di dunia ini hanya sementara. Aku, engkau dan siapa sahaja akan pergi meninggalkan dunia ini untuk menjejak ke tanah ukhrawi yang masih kabur lagi dari pandangan mata kita. Hargailah apa yang ada dimuka bumi ini sebelum kita menjejak ke sana berjumpa dengan cinta sejati kita iaitu Allah yang Maha Esa. Penghargaan? Apa yang harus aku hargai?

1. Curahkanlah rasa cintamu pada Allah ketika engkau di hadapan Allah, bersujud merendah diri terhadapNya, menadah tangan mengucap syukurmu terhadapNya, mungucap "Hasbiullahi wani'mal wakil" ketika engkau dalam kesusahan, dan lebih tepat lagi melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

2. Curahkanlah kasih sayangmu kepada ibumu, ayahmu. Kurangkanlah beban mereka, layanlah mereka dengan sebaik- baiknya, rendahkanlah suaramu ketika dirimu berbicara dengannya, jagalah mereka ketika mereka sudah tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah, dan paling penting, doakanlah mereka agar sentiasa dirahmati Allah Yang Maha Esa

3. Hargailah persekitaran kita. Ketika engkau menjejak di atas muka bumi Allah ini. Jalanlah dengan penuh hormat terhadap bumi ini. Hargailah setiap apa yang ada dimuka bumi ini. Tidak kira engkau manusia dia binatang. Lemparlah senyuman yang penuh keihlasan dalam jiwamu pada setiap manusia yang ada disekelilingmu. Hulurlah tanganmu ketika mereka jatuh. Nescaya Allah membalas kebaikanmu itu.

4. Hargailah setiap apa yang ada dimuka bumi ini sebelum engkau pergi meninggalkan muka bumi ini. Kerana jika engkau menghargai sesuatu itu, apabila engkau kembali kepadaNya, pasti dia akan menghargai dirimu jua.

Ini sahajalah nukilan saya yang tak seberapa.... fatin nabilah rabian