Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ada dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesihatan dan masa lapang”. (HR. Bukhari, no: 5933)

ketika sihat dan ketika lapang tidak pernah kita merasai dua nikmat ini dan berusaha untuk memanfaatkannya sebaik mungkin

jarang sekali kita berterima kasih dengan nikmat yang Allah kurniakan bahkan mengeluh kerana tidak cukup seolah-olah Allah itu hamba kita* (rujuk post sebelum ni)

Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. ( 34:13)

*kita akan menyesal kerana sudah tertipu pada keduanya

akan terasa nikmatnya sihat bila mana datang nya sakit,lumpuh,kemalngan, dan
akan terasa nikmatnya masa lapang bila mana datang nya kesibukan dalam urusan hidup,kerja,keluarga.

# ketika sihat dan lapang :

kita ketepikan segala peluang untuk beramal ibadah dgn tekunnya
kita ketepikan segala peluang untuk menyumbang kepada islam,
kita abaikan peluang berbakti untuk ibu dan ayah
kita rosakkan umur dengan maksiat

senang cakap ,segala macam bentuk peluang yang sepatunya kita genggam, kita sia-siakan dan biar ia berlalu pergi

sehingga lah.....

ketika itu kita terasa ingin kembali kepada kedua-dua nikmat tersebut malangnya semuanya sudah terlambat..

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( 16:18)

p/s : Alhamdulillah diizinkan untuk kembali merasai nikmat sihat setelah beberapa hari hilang nikmat tersebut..

pecutan ramadhan untuk hari-hari terahir,maka jgn disia-siakan.

No comments:

Post a Comment