Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

menggamit memori : MRSM merbok dihatiku

 
Alhamdulillah, berkesempatan bersama-sama adik-adik MRSM MERBOK dalam menjayakan program qiamullail, antara aktiviti menarik sepanjang malam td, berborak sampai tengah malam, kongsi pengalaman, sesi soal jawab, zikir munajat hinggalah kuliah subuh pagi td.

antara topik perbincangan kami kebanyakannya meliputi isu mesir, isu syria, bahaya syiah, isu liberalism, masalah ummah dan peranan pemuda islam...setiap dari kami bersemangat berkongsi pendapat dan hujah masing-masing, Alhamdulillah, seronok tengok jiwa-jiwa pemuda yang mula sedar akan tanggjawab dan peranan masing-masing...mereka ini penyambung rantai generasi dakwah dan penerus kebangkitan islam, insyaAllah

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

p/s : ketahuilah wahai pemuda islam apa peranan dan tanggjawab kita terhadap ummah kini?
 

No comments:

Post a Comment