Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

pilih antara dua, tiada yang ketiga

* Untuk membuat pilihan dalam hidup bukan lah suatu yang sukar, kerana hanya ada dua pilihan sahaja dan sememangnya tiada pilihan yang ketiga.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (2: 42)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” – (3:110)

Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup sementara masih bernafas :

antara haq dan batil tiada yang ketiga

antara petunjuk dan kesesatan tiada yang ketiga

antara wahyu dan hawa nafsu tiada yang ketiga

antara pahala dan dosa tiada yang ketiga

antara syurga dan neraka tiada yang ketiga


Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (4:115)

p/s : kadang-kadang kita memilih yg terbaik tetapi kita tidak dapat melaksanakan dgn baik..

masih ada masa untuk membuat pilihan dan

hidup hnya sekali, maka buat la pilihan yg "paling terbaik " untuk kita persembahkan segalnya pada Allah kelak..

wallahualam.

No comments:

Post a Comment