hafaz al-Quran : hendak seribu daya
siapa kat sini yang ada keinginan untuk menghafaz al-Quran?
# berminat nak hafaz quran? tapi xtau teknik-teknik yang
sesuai?...xsempat nak belajar? xde masa nak hafaz?xlayak nak hafaz? bnyk
betul alasan.hahaha
insyaAllah..ingin saya kongsikan beberapa
kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh mereka yang telah berjaya
menamatkan hafalan ayat suci al-Quran.
mungkin sedikit sebnyak
dapat menarik minat dan keinginan kita untuk menguasai hafazan al-quran
walaupun dalam kesibukan dunia..
Berdasarkan kajian di
maahad-maahad tahfiz terdapat beberapa kaedah yang sistematik dan
berkesan dalam memperolehi hafazan al-Qur’an yang berkualiti dan kekal
dalam ingatan, iaitu:
# Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)
Memisahkan al-Qur’an kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya.
Kemudian dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada
beberapa bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.
# Kaedah Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz
Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik,
kerana ayat-ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi
memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan
lebih pantas.
Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Qur’an.
Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat mengingatinya.
# Kaedah Minda Fotografi (Tumpu Dan Ingat)
Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan tulisannya serta gambarkannya kedalam ingatan.
Gambaran tersebut mestilah benar-benar mantap dan mampu menulis ayat tanpa perlu
melihat kepada mashaf.
Sekiranya gambaran masih kabur, tumpukan kembali penglihatan kepada
ayat sehinggalah kepala ayat di awal dan di akhir mukasurat dan
huruf-hurufnya dapat dilihat
dalam minda seolah-olah mashaf terbentang di hadapan.
# Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz
Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan
ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya
sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan. Setiap ayat yang telah
dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali sebelum menghafaz ayat
baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang mempunyai ingatan yang
lemah.
# Kaedah Mendengar Kaset
Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz.
Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan.
# Kaedah Merakam Suara
Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz kedalam kaset.
Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat.
# Kaedah Menghafaz Berpasangan
Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Qur’an.
Saling memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan jika terdapat kesalahan1
# Kaedah Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz
Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat yang ingin
dihafaz.
Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis, kemudiannya menulis
kembali ayat yang telah dihafaz.
Setiap ayat yang ditulis selepas menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi
memastikan ketepatan ayat yang dihafaz.
# Kaedah Menghafaz Sebelum Tidur
Membaca atau menghafaz ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengarkan bacaan ayat yang dihafaz melalui kaset dan
bayangkan kedudukan ayat di dalam minda.
# Kaedah Mind maping
Bentukkan peta minda bagi setiap pembahagian ayat yang ingin dihafaz kepada juzuk,
hizb dan sebagainya serta tetapkan masa yang diperuntukkan kepada
sesuatu pembahagian. Menghafaz mengikut cabang-cabang pembahagian ayat
dan masa yang terdapat pada peta minda.
# Kaedah Gundalan
Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan.
Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian
gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.
Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama
dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya.
sumber : EMMC RESOURCES.
kalau ada kaedah-kaedah lain boleh dikongsikan juga ruangan komen supaya bermanfaat untuk semua...
JOM !!! mulakan menghafaz ayat-ayat suci Al-quran dari sekarang banyak manfaat diperolehi buat yang menhafaz walaupun sedikit.
No comments:
Post a Comment