Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

khas buat bakal mahasiswa dan mahasiswa yang akan mendaftar di universiti masing-masing.

Assalamulaikum dan salam sejahtera adik-adik yang dikasihi, , saya nak ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua, manfaatkan peluang yang diberi ini dengan sebaik mungkin, ramai graduan yang keluar universiti dia xtahu apa yang dia belajar sebnarnya, dia seolah-olah kosong,sebab apa? sebab dia belajar sekadar nak lulus dalam exam je...sekadar nak dpat pointer tinggi tetapi bila ditnya secara pratikal dia gagal,

jadi pesanan saya manfaatkan pensyarah-pensyarah yang ada untuk kita kutip ilmu,penglaman, pengtahuan dan sebagainya dgn sbaik mungkin, kalau xfaham, jangan malu bertnya, tnya sampai faham sebab kebnykn pelajar dia skdar mnghafal nota sedangkan dia xfaham apa sbnrnya dia belajar, sangatlah merugikan..(bukan sgt tpi rugi giler)

kehidupan universiti sangat menyeronokan kalau kita hayati betul-betul sjarah ilmuwan islam terdahulu bagaimna mereka menguasai bidang ilmu dan bijak menguruskan masa yang ada. dari bangun sehingga kita tidur kalau boleh (bukan kalau boleh, tapi mmg kena buat) manfaatkan masa yang ada dengan perkara yang bermnfaat..kalau tidak kita akan menjadi orang yang ketinggalan jauh dibelakang..

akhir kata, ingat apa tujuan kita masuk universiti, kalau betul-betul nak beljar, nak blas jasa mak ayah, nak jadi contoh adik-adik, buatlah yang terbaik, tetapi kalau sekadar nak berseronok, nak bebas, nk bercinta bagai, stdy main-main, lebih baik pergi main jauh-jauh..jg menyusahkan orang lain nak stdy

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :

1) Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu
2) Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3) Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4) Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (58:11)

All the best bakal mahasiswa Universiti 2013 semua

p/s : semoga menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat,insyaAllah

No comments:

Post a Comment