Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

Peringatan yang disia-siakan!!!

Apa apa yang berlaku disekeliling kita hari ini ada sebab musabab dan bukannya berlaku secara sia-sia, satu persatu kejadian yang berlaku ada mesej tersendiri, sama ada kita sedar atau tidak yang setiap kejadian adalah peringatan dari Dia buat diri kita yang lalai tetapi segelintir sahaja yang menyedarinya.

Segala bentuk musibah dan bencana yang berlaku hari ini, Allah tidak datangkan dalam bentuk Tsunami, Ribut taufan,banjir kilat, tetapi Allah datangkan kepada hambaNya dalam bentuk yang lain seperti merasa tidak selamat, tembak menembak,hidup dalam kegelisahan,akidah bercelaru, musuh menguasai,anak derhaka, penghinaan terhadap islam,masalah sosial,umat semakin tidak bertamadun dan beragama, dan macam-macam lagi kerosakan yang berlaku hari ini berpunca dari diri kita sendiri.

Mereka yang melakukan kejahatan mahupun kebaikan juga turut merasa musibah dan bencana Allah s.w.t ini sebagai balasan dan peringatan supaya terus kembali kepadaNya.

Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?” Allah berfirman : “ Demikianlah keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa serta ditinggalkan”. (Surah Toha: 124-126)

Sudah jauhkah Rahmat Allah s.w.t dari kita sehingga merasakan hidup atas muka bumi ini sudah lagi tidak selamat dan penuh dengan bala bencana yang berlaku setiap hari ?dimana pertolongan Allah s.w.t saat dunia porak peranda? tidak makbulkah doa kita?

*Sememangnya kita jauh dari RAHMAT Allah s.w.t atas sebab dosa-dosa dan ingkarnya kita atas suruhan dan laranganNya

lu sapa mau salahkn Allah s.w.t dgn apa yg berlaku..ayoyoyo

‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.’ (al-Imran, 132)

“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Kepada mereka yang sedar apa yang berlaku hari ini,maka berilah peringatan, sedarkan sahabat2 kalian dengan apa yang terjadi hari ini bukan berlaku sia-sia.

Ini satu peringatan supaya kita kembali kepadaNya sebelum terlambat

Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.( Adz-Dzaariyat:55).

p/s: jgn asyik dok tengok dosa orang lain tanpa sedar diri telah pun melakukan dosa dalam masa yg sama...dah la pahala sikit,nk tmbh dosa je kejanya..

Astgfirullahal'azim mohon sedar..

No comments:

Post a Comment