Kalau
kita perhatikan sistem kehidupan manusia, rata-ratanya hampir sama
seolah-olah seperti diprogramkan sejak dari kecil lagi, pergi ke
sekolah, kemudian masuk ke universiti, kemudian bekerja, berkahwin,
dapat anak, dapat menantu, dapat cucu, akhirnya kita tua dan kembali
kepadaNya, hampir semua dari kita akan melalui sistem kehidupan ini
tanpa mereka sedar mereka hanya ikut sebab orang lain juga melalui
perkara yang sama, andai mereka mengubah pasti dipandang pelik . Tidak
menjadi masalah pun untuk teruskan sistem hidup seperti di atas, tetapi
yang membezakan kita dengan mereka yang lain adalah tujuan hidup, tujuan
hidup yang berlandaskan sistem islam bukan sekadar ikut-ikutan tanpa
mempedulikan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang manusia atas muka
bumi lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.
Setiap dari kita sepatutnya mulai sedar kenapa aku dihidupkan? Apa peranan dan tanggjawab sebagai seorang muslim?
Adakah sekadar dicipta untuk bermain-main? Tanya diri selama mana kita
hidup apa tujuan hidup ini atau masih lagi mengikut sistem kehidupan
sehingga maut datang menyapa tanpa tahu maknanya? makanya tidak ada
beza kita dengan mereka yang turut sama hidup dan mati.
Dalam al-quran ada menyebut mengenai tujuan hidup seorang manusia atas muka bumi sebagi seorang khalifah dan seorang hamba.
Surat Al-Baqarah ayat 30 :
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’…
Surat Adz-Dzaariyaat ayat 56 :
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
Kita kecilkan skop sebagai seorang mahasiswa, tidak ada beza andai kita
ke menara gading kemudian capai segulung ijazah dan kemudiannya bekerja
tanpa sedar peranan kita sebagai seorang mahasiwa muslim , dia hanya
bangun tidur,pergi kelas, belajar,makan,minum, tdur kembali, ibarat
robot yang telah diprogramkan , serius macam robot yang hanya tahu buat
perkara sama sahaja setiap hari tanpa peduli apa yang berlaku
disekeliling, apa ancaman yang bakal dia hadapi, apa isu umat islam
terkini, hatta musuh terdekat pun dia xkenal siapa, andai hidup kita
sebagai seorang mahasiwa di universiti seperti ini alangkah ruginya, dia
hanya tahu melatah bila disergah dan hanya pandai akademik tetapi
kurang cerdik dalam kehidupan sebagai seorang manusia.
robot pun kadang-kadang lagi cerdik dari golongan macam ni
p/s : setiap perkara ada tujuannya, dan setiap tujuan akan dipersoalkan.
— at Kota Samarahan, Sarawak.
Setiap dari kita sepatutnya mulai sedar kenapa aku dihidupkan? Apa peranan dan tanggjawab sebagai seorang muslim? Adakah sekadar dicipta untuk bermain-main? Tanya diri selama mana kita hidup apa tujuan hidup ini atau masih lagi mengikut sistem kehidupan sehingga maut datang menyapa tanpa tahu maknanya? makanya tidak ada beza kita dengan mereka yang turut sama hidup dan mati.
Dalam al-quran ada menyebut mengenai tujuan hidup seorang manusia atas muka bumi sebagi seorang khalifah dan seorang hamba.
Surat Al-Baqarah ayat 30 :
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’…
Surat Adz-Dzaariyaat ayat 56 :
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
Kita kecilkan skop sebagai seorang mahasiswa, tidak ada beza andai kita ke menara gading kemudian capai segulung ijazah dan kemudiannya bekerja tanpa sedar peranan kita sebagai seorang mahasiwa muslim , dia hanya bangun tidur,pergi kelas, belajar,makan,minum, tdur kembali, ibarat robot yang telah diprogramkan , serius macam robot yang hanya tahu buat perkara sama sahaja setiap hari tanpa peduli apa yang berlaku disekeliling, apa ancaman yang bakal dia hadapi, apa isu umat islam terkini, hatta musuh terdekat pun dia xkenal siapa, andai hidup kita sebagai seorang mahasiwa di universiti seperti ini alangkah ruginya, dia hanya tahu melatah bila disergah dan hanya pandai akademik tetapi kurang cerdik dalam kehidupan sebagai seorang manusia.
robot pun kadang-kadang lagi cerdik dari golongan macam ni
p/s : setiap perkara ada tujuannya, dan setiap tujuan akan dipersoalkan.
No comments:
Post a Comment