Powered By Blogger

Tuesday 17 September 2013

Martabat Tertinggi Untuk Para Pejuang


 
Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid di dalam bukunya ‘al-Muntolaq’ ada menyatakan :

“Sesungguhnya tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini melainkan martabat `ad-da’wah ila Allah ”.

“Dan Ia (Allah) menjadikan mereka (golongan yang dipilih oleh Allah) cendiakawan, pendakwah kepada kebaikan, pemberi peringatan dan pembawa hujah kepada manusia. Mereka mendapat hidayah dan menjadi sebab hidayah kepada orang lain”.

“Maka inilah matlamat teragung yang ada pada anak Adam, tidak ada martabat tertinggi yang mengatasinya melainkan martabat kenabian”. (Abdul Qadir al-Kailani)


“ Pendakwah tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa lapang untuk berqiamullail setiap hari, bersembahyang tahajjud dan memperbanyakkan khatam al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, mendidik putera-puteri Islam dan membentuk mereka dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya”.

p/s : jgn tkut untuk mngajak,mnyeru,menarik,mghumban manusia ke jalan Allah walaupun terpksa menggadai masa, tenaga, harta, kesronokan,nyawa kerana janji Allah itu benar untuk para pndkwah yg fikirannya xhnti memikirkn mslh umt islam sehingga akhir hayatnya...

selamat beramal..... =)
reading al-awaiq muhammad ahmad ar-Rasyid

No comments:

Post a Comment