Powered By Blogger

Monday 16 September 2013

Ibarat Buih di Lautan : siapakah mereka?

 
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

sesungguhnya sejak lumpuhnya pemerintahan khalifah Othamaniyah, maka umat islam mula hidup menepati apa yg disabda oleh Rasulullah s.a.w. Hadis ini menyatakan penyakit dengan suatu pengertian yang tepat sekali iaitu ibarat buih dilautan.

apakah yang di maksudkan dgn buih dalam hadis di atas?

Buih merupakan sesuatu yang ringan dan mudah hanyut dengan arus, buih juga sesuatu yang mudah ditimbul dan melata di permukaan arus.

inilah penyakit umat islam hari ini, mudah sekali dihanyutkan dan mengikut ke mana arah arus kufur itu mengalir tanpa mampu melawan arus tersebut maka dia tidak mampu lagi membezakan haq dan batil yang ada dalam diri dan sekelilingnya.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (2:42)

walaupun seorang individu muslim itu berjaya ditanam semula asas jati diri seorang muslim dalam dirinya tetapi dia masih keseorangan terpencil dari saudara-saudara islamnya maka dia masih tetap berisiko dihanyutkan kembali oleh arus-arus kufur.


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (61: 4)

sa'id hawa menyebut " tidak dapat tidak dalam usaha untuk membebaskan seorang muslim daripada penyakit " ghusaa" (buih-buih di lautan) mestilah dijadikan dia seorang yang mempunyai timbangan dan terbina potensi dirinya supaya buih-buih td bertukar menjadi batu besar yang tidak dapat dibawa oleh arus, dan kemudianya dia menjadi sebahagian daripada arus islami untuk umat ini"

Kegerunan akan kembali kepada musuh-musuh islam dan akan terangkat dari hati seorang muslim penyakit wahan..

p/s: adakah kita ibarat buih di lautan??
 

No comments:

Post a Comment