Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

pintu taubat sentiasa terbuka luas.....apa tunggu lagi, bersegeralah !!!!

Jangan membiasakan diri ambil remeh dlm memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah, kerana setiap dosa yg kita lakukan akan memberi kesan kepada kehidupan kita, organisasi kita, tumpuan kita, study kita, tugasan kita dan segala bentuk pekerjaan yg kita lakukan bahkan peribadi kita juga akan berubah menjadi negatif akibat dari kemanisan dosa yg sering kita lakukan tanpa memohon taubat kepada Nya.

Bagi mereka yg merasakan dirinya kotor,jijik,dh jauh dr agama,penuh dosa dan mksiat, rasa segalanya terlambat, dipandg hina msyrakat,susah nak berubah...ayuh, segalanya belum terlambat,bersegeralah kembali kepadaNya, tggalkan kemaksiatan dan kemungkaran yg lampau tanpa perlu ingat kembali dunia gelap tersebut seperti mana firman Allah dalam ayat Quran.

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.(surah ali-imran : 133)

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (al-mai'dah: 9)

Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar( Hud:11).

Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.(Faatir: 7).

lihat ayat-ayat di atas, sudah terang membuktikan Allah s.w.t maha pengampun dosa kecil mahupun dosa besar,tetapi hambanya sentiasa jauh dariNya, sentiasa menangguh2 untuk kembali kepadaNya..sering memberi alasan tanpa sempat membuat keputusan...*sombongnya kita dgn Allah..

Sayang dan kasihnya Allah kepada kita melebihi seorang ibu yang mengendong anaknya, tetapi di mana kasih dan sayangnya kita kepada Allah s.w.t.

tanya diri siapa di lubuk hati kita??

tiada cinta yg lebih besar sepatutnya berada dalam jiwa ini melainkan cinta seorang hamba kepada Penciptanya..

ambil masa sebentar untuk merenung diri dan bermuhasabah, layak kah diri ini bergelar hamba Allah s.w.t sedang segala arahan tidak kita patuh, segala perintah kita abaikan, layakkah kita?? Allahurabbi..dah jauh sgt dh ni...

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X
ayuh,bersama-sama dengan Ustaz jefri al-buchkori (12 April 1973 – 26 April 2013 ) kita menadah tgn dan memohon keampunan kepadaNya..

*cuba teliti doa yg dibaca beliau dalam vdeo dibawah...sama-sama kita hayati...kalau rajin tolong tuliskan dan kongsikan kepada semua..
 
zikir taubat ustaz jefri

No comments:

Post a Comment