Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

kadang-kadang sakit hati gak tengok segelintir pelajar yang hidup diorg sentiasa dalam keselesaan dan kesenangan, bilamana dh dapat msuk universiti, dia nak juga keselesaan macam kat rumah dia sendiri,semuanya xkena, belajar bukannya nak sungguh-sungguh, bergaya je lebih...result teruk pun bukannya kisah,anak org berada...masuk u nak dapat nama je..

ikhlaskanlah niat nak menuntut ilmu biarpun terpaksa korbankn kesenangan dan keselesaan hidup sebab ramai orang yang hidup susah kat luar sana teringin nak masuk universiti dan beljar bersungguh-sunggh, tapi diorg xmgeluh pun dengan apa yang mereka ada...kadang-kadang ckup, kadang-kadang xckup...

bagi yang rasa ibu ayah dia bukan orang yang senang, tolonglah jangan minta sesuatu yang mereka xmampu belikan, walapun kita tahu,ibu ayah tetap akan usaha untuk dapatkan apa yang kita hajati, cukuplah kita menyusahkan mereka dahulu, andai mampu usaha, usahalah sendri..

sesuatu nikmat tu kita akan hargai dan syukuri bilamana nikmat tu dah xde ...saat tu baru terasa bernilainya nikmat tersebut, sementara masih ada kita hargailah sebaik mungkin..

kalaulah kata-kata yang ditulis mampu mengubah diri dengan mudah, kan seronok...nak berubah perlukan tindakan, itu yang susah tu....


# dalam hidup ni perlu hadir 2 rasa :

1) rasa sentiasa cukup bahkan lebih dari cukup atas segala nikmat yang Allah beri supaya hadir rasa syukur dan tidak lagi mengomel apa yang tidak ada.

2) rasa sentiasa kurang bahkan lebih dari kurang atas segala amal ibadah yang bakal kita persembahkan kepada Allah s.w.t kelak supaya kita terus tingkatkan selalu.

p/s : kedua dua rasa ni sering kita terbalikkan, rasa kurang nikmat yang Allah beri dan rasa sudah cukup segala amal ibadah padaNya lu sapa maaa??

....berhati-hati yea jgn smpai terjatuh selamat beramal
 

No comments:

Post a Comment