Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

"The Lagend " di tengah lautan

Bertebaran di atas muka bumi Allah swt sambil menyaksikan keindahan alam ciptaanNya dan mengambil ibrah atas setiap perkara yang berlaku.

Perjalanan kali ini merasai tugas memindahkan ikan dari satu sngkar ke sangkar yang lain, memerlukan tenaga yang banyak dan sihat tubuh badan dalam melaksanakan tugas ni..hebat pkcik yang kerja sorg2 kt sini..walaupun ada pengalaman hitam yang xdpt beliau lupakan, beliau tetap seronok bekerja di atas laut walapun dalam usia seorang atok yang dh ada 7 org cucu..sungguh kagum dgn beliau yang xpernah rasa jemu mencari rezeki di laut bahkan beliau seronok bekerja walapun berhadapan dengan pelbagai risiko yang xdpt dijangka. Inilah yang dikatakan nikmat, yang Allah anugerahkan kepada beliau sbb saya sendiri pun xmampu untuk melakukannya.

semoga beliau terus diberi kesihatan,kekuatan,dimurahkan rezeki dan hidup dalam rahmat Allah s.w.t.

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (2: 172)

bagaimana kita yang muda,sihat dan bertenaga tetapi malas mencari kerja atau kerja sambil lewa??

orang lain kerja teruk-teruk hasil belum tentu lumayan,kita kerja goyang kaki duit masuk xhenti-henti pun banyak songeh...biar hidup serba kekurangan asalkan rezeki berkat pasti xakan rasa susah, nak dibandingkn orang berada hidup bergelumang dgn rasuah pasti rasa gelisah.

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas (2: 212).

p/s : hidup ni kalau selalu bersyukur dengan apa yang ada insyaAllah Allah akan tambahkan rezeki dari setiap jalan yang kita lalui...

No comments:

Post a Comment