Powered By Blogger

Thursday 26 December 2013

Capai Kejayaan Tanpa Alasan


       Apabila menyebut mengenai kejayaan, ia adalah sesuatu yang semua orang idamkan, tidak ada manusia dalam dunia ini yang tidak mahu merasai kejayaan dan menikmatinya dengan penuh rasa gembira, kerana setiap dari kita mendefinisikan kejayaan hidup dalam pelbagai bentuk mengikut kehendak masing-masing, ada yang merasakan kejayaan itu apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang, mendapat pekerjaan yang baik, mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian dan sebagainya.


tetapi

      Masih ada yang tidak tahu apa makna kejayaan bagi diri dia, kejayan kita boleh definisikan secara mudahnya adalah sesuatu pencapaian seseorang yang menepati sasaran atau matlamat yang dibina, jadi apabila sesorang itu tidak meletakkan matlamat atau sasaran dalam hidupnya pasti sukar kejayaan itu hendak diperolehi, usaha tanpa ada matlamat akan berakhir dengan kegagalan kerana matlamat itu adalah keperluan utama kenapa seseorang itu perlu berusaha dan bertindak untuk berjaya.

Formula : usaha+ matlamat = kejayaan



jangan lupa,

    Kejayaan adalah sesuatu yang subjektif, setiap individu meletakkan sasaran yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing, sebagai contoh, seorang peruncit merasakan kejayaan apabila sasaran pendapatan bulanannya melebih RM10,000 manakala seorang usahawan merasakan kejayaan baginya apabila sasaran pendapatannya melebihi RM500,000, jadinya setiap dari kita perlu meletakkan sasaran tersendiri apa yang sepatutnya dicapai bukan sekadar berusaha tanpa ambil tahu kemana halatuju usahanya.



khas untuk Mahasiswa,

     Seorang mahasiswa universiti selalunya dia akan meletakkan sasaran kejayaan adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dia berusaha bermati-matian semata-mata untuk itu sahaja sebenarnya dia gagal, sebagai seorang mahasiswa dia perlu luaskan skop kejayaan itu, jangan sekadar di atas kertas peperiksaan sahaja tetapi seluruh hidup dia perlu merasai kejayaan, kalau 3-4 tahun sasaran dia sekadar cemerlang dalam peperiksaan sehingga bergraduat, dia seorang yang rugi, kerana peluang belajar di universiti bukan mudah kita dapat, letakkan sasaran yang lebih tinggi dari itu, kejayaan dalam menguruskan hidup menjadi lebih baik, kejayaan menjadi rujukan masyarakat umum, kejayaan dalam menjadi manusia yang berkualiti, kejayaan dia mampu berfikir di luar kotak pemikiran, kejayaan dalam merasai pelbagai pengalaman hidup, kejayaan dalam kepimpinan, kejayaan dikembangkan potensi diri menjadi individu hebat, dan kejayaan paling utama adalah kejayaan dia mengetahui dan sedar tujuan hidup atas muka bumi ini dan akhirnya dialah orang yang berjaya mencapai sasaran sebagai seseorang mahasiswa setelah tamat pengajian.



       Kejayaan tidak datang bergolek, perlu diusahakan untuk mencapai kejayaan tersebut, jangan sekadar angan-angan mat jenin cita-citanya menggunung tinggi tetapi malas berusaha kelak menyesal tidak berguna. Dalam kita berusaha untuk berjaya, perlu tahu apa langkah-langkah untuk merealisasikan kejayaan tersebut.

1) Letakkan sasaran yang tinggi

Sasaran yang tinggi bukan mereka angan-angan tetapi mencipta suatu cabaran untuk diri keluar dari zon selesa menuju zon yang lebih mencabar untuk berusaha bersungguh-sungguh, sebagai contoh kita inginkan keputusan 3.5 keatas, usaha mesti setinggi dengan sasaran kita, bekerja dan berusaha lebih kuat untuk capai sasaran, dengan cara ini diri akan terus kehadapan sehingga dia tidak sangka dia mampu untuk capai kejayaan tersebut dan insyaAllah akan ada hasilnya.

2) Cemburu dengan kejayaan orang lain

Tanya pada diri kenapa aku tidak boleh tetapi dia boleh, kalau dia boleh aku mesti boleh, di mana aku letak sasaran kejayaan aku, dia letak sasaran tersendiri memang dia akan dapat apa yang diusahakannya. Kita merasakan dia berjaya belum tentu dia rasa dia berjaya kerana dia tidak memenuhi kehendak sasarannya. Sebagai seorang pelajar, kita tahu kawan kita seorang yang cemerlang, bertanya dan belajarlah dari dia supaya kita juga mampu untuk capai seperti mana dia capai, buang sikap bodoh sombong dalam belajar kelak diri akan gagal dan berputus asa.

3) Elakkan dari sikap berpuas hati

Ini sikap yang sering kita amalkan setelah kita perolehi sesuatu keputusan dengan menyatakan cukuplah, ini sahaja yang aku mampu, selama-lamanya akan hidup dalam zon yang selesa, individu yang berjaya, dia sentiasa mahukan peningkatan dalam sasaran hidup, kejayaan hari ini belum cukup bagi dia,dia mahukan lebih untuk akan datang dengan usaha yang lebih makanya kejayaan sentiasa milik dia dengan izin Allah.

4) Soal diri dengan soalan yang positif

Selalunya setelah mendapat keputusan, soalan negatif yang akan ditanya pada diri, contohnya kenapalah aku gagal? apalah dosa aku (macamlah diri dia ma'sum), apalah malang nasib aku? apa nak jadi dengan aku ini? dan kemanalah hala tuju hidup aku gamaknya? akhirnya dia jadi lemah dan mustahil untuk dia menjadi orang yang berjaya, tukarkan soalan menjadi soalan positif setelah mendapat keputusan, contohnya apa yang belum aku lakukan lagi? apa kelebihan yang ada pada diri aku? siapa yang boleh bantu aku? dan apa strategi yang boleh aku guna pakai dalam belajar? akhirnya dia kembali semangat dan sasaran kembali tersusun atur untuk menuju kejayaan.

5) Tingkatkan kualiti diri

kita sahaja yang tahu di mana tahap kualiti diri kita, contohnya tanya pada diri siapa diri aku 2-3 tahun yang lepas dan bandingkan dengan hari ini, jika tidak berubah kearah yang lebih baik atau bertambah kualiti diri makanya kita rugi besar, kerana orang lain sudah pun maju kehadapan meninggalkan segala tabiat buruk, meninggalkan sikap-sikap yang menjengkelkan, semakin matang dalam percaturan hidup, menanggalkan baju jahiliyiah dan menyarung baju tarbiyyah, Wow..kerana dia nampak dengan jelas kemana hala tuju hidup dan 3-4 tahun akan datang dia akan menjadi lebih hebat dan berkualiti kerana dia seorang yang sentiasa memotivasikan diri untuk berjaya.


penulis mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat maju jaya kepada mereka yang menduduki peperiksaan akhir semester.

Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t, letakkan sasaran untuk kali ini, rancang strategi belajar yang efektif, dan manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin kerana menjadi satu kerugian bagi mereka yang membazirkan masa dengan perkara yang sia-sia, kerana masa yang berbaki belum tentu menjadi milik kita lagi..eh,jap,jap untuk pengetahuan semua setiap dari kita ada masa produktif, di mana masa ini singkat tetapi segala apa yang kita belajar mudah faham dan hafal, ada yang masa produktifnya selepas subuh, ada yang malam, bergantung kepada individu tersebut, kalau tidor sepanjang hari memang tak jumpa lah masa produktif bagi dia..

Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Hoorey,Hoorey...penulis tidak lagi perlu menghadiri kelas, dan tidak ada lagi peperiksaan yang memeningkan,haha...jangan jeles yea =)

Salam hormat daripada saya yang masih belajar.
Al haqir-wal-faqir ilalLlah.
Badrunaim Ansari bin Burhanudin
Department of Chemistry,UNIMAS.


No comments:

Post a Comment