Powered By Blogger

Wednesday 4 December 2013

“Akhlak Peribadi Seorang Muslim Dalam Mengkritik ”


Sebelum kita nak komen atau kritik seseorang individu alangkah baiknya tanya pada diri kita dahulu beberapa perkara asas dan kemudiannya jawab satu persatu dengan yakin :

1) nyatakan sebab apa kita nak komen/kritik seseorang itu? adakah sebab peribadi dia?kita benci pada dia?tanpa sebab ?

2) apa yang kita komen/kritik seseorang itu atas perbuatan dia melakukan maksiat atau kebaikan?

3) jika atas perkara kebaikan, kebaikan yang dia buat adakah mampu kita laksanakan atau lebih dari itu?

4) kebaikan yang sedang dia laksanakan adakah mendatangkan manfaat atau mudarat pada orang lain?

5) sejauh mana manfaat yang kita berikan kepada ummah berbanding dia?

kita ada hak untuk memberikan pendapat atau teguran atas alasan untuk memperbaiki kekurangan seseorang( itupun tetap kena menjaga bahasa dan tulisan supaya tidak dicemari unsur-unsur cacian )tetapi kita tiada hak untuk menghina,mencaci atau mengeluarkan kata-kata nista kepada seseorang atas alasan kita membenci seseorang itu.

sejujurnya, umat islam hari sudah ramai yang hilang akhlak dan peribadi seorang muslim,nama sahaja islam, tetapi akhlak tidak lagi mencerminkan peribadi seorang muslim yang bertaqwa,sudah lupakah sirah-sirah nabawiyyah bagaimana sikap Rasulullah s.a.w sesama muslim hatta berhadapan dengan bukan islam sekalipun baginda tetap menjaga lidah dari menghina dengan kata-kata kesat dan nista.

Jika seorang pendakwah yang rosak akhlaknya mana mungkin akan ada orang yang tertarik dengan dakwahnya,jika ada sekalipun tidak akan kekal lama.Tidak guna ilmu menggunung tinggi tetapi tidak mampu membentuk akhlak pada diri.

Perbaiki akhlak mu wahai sahabat, kenali dengan siapa kita berbicara, jika dia seorang a’lim dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t  hormatilah prinsip beliau selagi tidak melanggar batas syara’, jangan  mudah kita menghina dan menfitnah beliau.

Salah satu kelemahan kita sebagai seorang muslim di Malaysia khususnya,kita mudah melatah tanpa usul periksa,mudah sangat mempercayai khabar angin, mudah sangat tertipu oleh musuh, jangan cepat menghukum seseorang sebelum kita mengkaji dan menyelidiki apa yang berlaku sebenarnya.Lakukanlah dengan penuh berhati hati dan berhikmah tanpa ada sangkaan-sangkaan buruk.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat:6)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat ayat 12 )

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" ( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).

Selalulah hisab dan muhasabah diri

apa kebaikan yang telah kita sebarkan pada ummah?

 Bermanfaatkah kita kepada mereka?

Sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t?

adakah akhlak kita ini disenangi atau dibenci?


Semoga kita menjadi hamba yang terbaik dihadapan Allah s.w.t kelak..

No comments:

Post a Comment