Powered By Blogger

Monday 16 September 2013

"Generasi Perosak semakin menjadi-jadi"

 
akan ada satu generasi yang bila mana rasa susah dan payah menimpanya dia akan mengeluh tanpa berusaha, xsanggup lagi dia berkorban, sentiasa ingin berada dalam zon yang selesa, nak kan segala kemudahan dan kesenangan, semuanya nak kena disuap, dah tu xde plak dia nak menyumbang atau memberi manfaat untuk orang lain, kemudian berbicara bagai diri sudah matang, sedangkan fikiran ibarat bayi yang sentiasa dalam kelaparan dan sentiasa ingin disuap..."serius mengada giler org cm ni rasa nak hentak je "..hahaha

*mereka terlalu bergantung harap apa yang dihajati akan turun dari langit ibarat hujan dipetang hari....

*mereka terlalu memanjakan diri sendiri sehingga memandang semua perkara susah dan payah dan kelamaan diri menjadi pemalas..

*mereka juga lambat dalam tindakan, dan tidak langsung sensitif dengan masalah yang berlaku disekeliling...

ini lah generasi perosak bangsa, negara dan agama...*minta dijauhkan*

*sedangkan musuh-musuh sentiasa bersiap siaga dan senstif dengan perkembangan kita..

sedarlah dari mimpi-mimpi indah dan keluar lah dari zon selesa...


kata ust jefry : seandainya aku pulang ke negara ku lalu tiada manfaat buat disekeliling ku, lebih baik dicabut sahaja nyawa ku..kerana mengenangkan hadis Rasulullah s.a.w :

Sebaik-baik manusia , ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya , seburuk-buruk manusia ialah orang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.”
( Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib . no. 3363)

* adakah kita semua tergolong dalam generasi ini?? sendiri mau ingat la..

p/s :baik xde drpa hidup menyusahkan orang xbgtu??

No comments:

Post a Comment