Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

kerana mulut badan binasa

 
jika ada seseorang yg pernah melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidupnya janganlah sesekali kita menghina, mengkeji or memburukkan dia ,barangkali dia lebih baik dari kita dari sudut yang lain, xde sapa boleh sngka kerana manusia boleh berubah...dan kembali menginsafi diri lalau bertaubat kepada Allah s.w.t

Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. (49: 11).

dan kita belum di uji,kita boleh mendabik dada mngata orang lain sedap mulut je seolah-olah kita ni sempurna segalanya..


kadang-kadang tanpa kita sedar kita mngumpat kawan-kawan kita smbil gelak ketawa mklum lah seronok gelakkan keburukan orang lain sampai diri xsedar sedang makan daging saudara sendri seperti firman Allah dibawah :

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). (49: 12)

hati-hati lah bila berkata-kata....hari ini Allah uji sahabt kita esok lusa bila kita di uji baru kita sedar betapa kerdilnya diri ini...

p/s : sedap x resepi ni?? boleh buat juadah berbuka nanti kalau teringin lah..percuma je.
 

No comments:

Post a Comment