Powered By Blogger

Monday 16 September 2013

apa panggilan orang terhadap kita hari ni?

hari ini kita di panggil adik : adik jangan jangan nakal-nakal yer

hari ini kita di panggil abg/akk : abg/ akk macam mana nak buat kerja sekolah ni, susah lah...

hari ini kita di panggil pkcik/makcik : terima kasih pkcik/mcik kerana tolong saya..

hari ini kita di panggil atok/nenek : atok/nenek biar saya tolong pimpinkan ke masjid yer

hari ini,esok or lusa kita dipanggil arwah : arwah dulu baik orangnyer,selalu tolong orang aje..

biarlah hidup kita sentiasa dalam kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Sesungguhnya kebaikan, menambahkan umur dan kejahatan ,mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lain pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).

p/s : teringin nak meninggal di saat sedang sujud, sedang mngaji,sedang berjuang,sedang menuntut ilmu, sedang melakukan kebaikan dan mohon dijauhkan disaat ketika melakukan maksiat...Nauzubillahminzalik... =='

gambar mampu mentafsir segalanya...

rugi lah sapa-sapa yang hidup dia hnyalah untuk mati sahaja..
 

No comments:

Post a Comment