Powered By Blogger

Thursday 19 September 2013

Tarbiyah Hari Ini, Kepimpinan Hari Esok

 
TARBIAH TARIQ AL QIYADAH

Tarbiah dalam Islam merupakan jalan menuju kepada kepimpinan. Kepimpinan tidak akan lahir tanpa tarbiah yang mantap dan tersusun mengikut manhaj dan marhalah yang betul.

Tarbiah dan Kepimpinan saling berkaitan antara satu sama lain kerana Allah mengutuskan manusia adalah sebagai khalifah atau pemimpin di bumi ini. Khalifah akan lahir dari sistem tarbiah yang sahih dan ianya mesti bertepatan dengan kehendak Al Quran dan Hadis .

Man-mana harakah atau gerakan Islam jika tidak dapat melahirkan pemimpin kepada gerakan atau harakah Islam tersebut bermakna tiada sistem tarbiah dalam pergerakan mereka.

Atau jika mana-mana gerakan Islam ketandusan barisan pemimpin bermakna sistem tarbiah mereka tidak bertepatan dengan cara yang sebenarnya.

Begitu juga jika kepimpinan sesebuah gerakan Islam dipimpin oleh pelbagai aliran dan ideologi bermakna tiada sistem tarbiah dalam gerakan tersebut walaupun mereka mengaku mempunyai sistem tarbiah yang baik.

Kepimpinan Islam lahir sistem tarbiah yang sahih dan fikrah yang sahih

ustaz sharipudin AB kadir

No comments:

Post a Comment