Powered By Blogger

Tuesday 17 September 2013

:"Rantai yang tidak pernah putus"

 
Bukan kita yang memulakan perjuangan ini tapi yang memulakannya adalah para NABI dan RASUL. Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan mata rantai yang berkait daripada para RASUL. Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai"

"Wahai ikhwah, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat dengan keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'aqidahLa Ilaha Illallah Muhammad al-Rasulullah."

"syed Qutb"
1906-1966

p/s: masih wujudkah lagi insan seperti ini di dalam dunia yang sekular dan liberal ini?

No comments:

Post a Comment