Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

perjuangan tidak pernah selesai....melainkan kita ke syurgaNya

mereka berhempas pulas menjadi benteng pertahanan islam sehingga ditembak, digantung,dikhianati...tetapi kita berehat-rehat goyang kaki,seronok berhibur,selesa dgn apa yg dikecapi..

di manakah kita ketika mereka bermandi darah dan keringat?
di manakah kita ketika mereka melaungkan kebesaran Allah?
di manakah kita ketika mereka sibuk dengan urusan dkwah?
di manakah kita ketika air mata mereka mmbasahi pipi mengenang nasib umat islam?
di manakah kita ketika mereka bertungkus lumus bersiap untuk ke syurga?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan, Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya.

Inilah makna asal kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya dan saranannya.

Begitulah juga ujian itu bertindak terhadap hati manusia.

Kita mampu mendabik dada, melaungkan diri ini sebgai seorang muslim, sebgai seorang pndakwah, sebgai seorang pejuang tetapi apakah sumbangkan kita untuk islam, tanya pada diri.....

apakah kita sudah cukup menyumbang untuk islam?
apakah kita sudah meletakkan islam yg tertinggi dlm kehidupan?
apakah kita telah menarik ramai umat mnusia untuk bersama islam?
apakah kita menangis dan bertindak takkala umat islam dalam kezaliman?

selesanya kita dalam mimpi-mimpi indah yg kita cipta sendri dimana asyik memikirkan keseronokan yg 
 sementara...wallahualam..


Allah ghoyatuna,
Ar-Rasul qudwatuna,
Al-Quran dusturuna,
Al-Jihad sabiluna.

Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
jihad jalan kami
— at Dewan Muktamar,Menara Pusat Islam KL.

No comments:

Post a Comment