Powered By Blogger

Sunday 15 September 2013

Penyakit malas yang tiada penawarnya


Antara sikap seorang yang pemalas dia suka membanding-bandingkan diri dengan orang yang lebih dari dia tanpa dia berusaha untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Selalunya spesies jenis ini dia suka cakap macam ni :

“Dia boleh lah anak orang kaya”
“Dia boleh la budak pandai”
“Dia boleh la hebat segalanya’’
‘’Dia boleh la budak rajin”
“Dia boleh la ilmu tinggi”

“Aku ni apa ada, keputusan pun teruk, belajar pun bukan pandai sangat lain la dia, segala-galanya ada” hurmmm aku pun jadi lemah dengarnya.. sedihnya dia

Sikap suka mengeluh bukan sikap seorang pemalas lagi tetapi sikap seorang akan menemui kegagalan yang berlarutan sehinggalah dia bangun dan maju kehadapan tanpa perlu terlalu merendah diri dengan apa yang dia capai. (cuba think positive sikit).

Kenapa? Kita xmampukah untuk membolehkan diri mencapai sesuatu tanpa perlu mempersoal kelebihan orang lain ??

Ya, Kita mampu dengan membuang sifat malas yang ada pada diri dan terus maju kehadapan dan cabar diri “aku mampu untuk lebih hebat dari dia suatu hari nanti” bukan sekadar kata-kata tapi buktikan yang anda mampu dengan tindakan yang berterusan .

Terwujudnya sikap ini dalam diri disebabkan dah tau dh diri tu kurang ,ditambah lagi dengan sikap pemalas dan suka bertangguh dan meletakkan matlamat hidup entah kemana-mana, memanglah kejayaan tu seolah-olah ada kat dunia lain bahkan sukar dicapai andai misi dan visi hidup masih berterabur

Seorang yang pemalas juga dia sebenarnya tak tahu apa yang sepatutnya dia buat dalam hari-hari dia,mana tidaknya dari bangun pagi sehingga tidur tidak ada langsung perancangan, atau sesuatu yang hendak dicapainya, jangan cakap pengurusan masa, pengurusan diri pun belum tentu tersusun, kadang-kadang kelas pun x pergi, ingat pergi universiti macam pergi bercuti kot, akibatnya akan membawa kepada sikap suka bertangguh-tangguh, ini memang penyakit yang suka cakap ;

“nantilah aku buat”
“kejap-kejap lagi boleh siapkan”
“ala,lambat lagi tarikh hantar”
“exam minggu depan,enjoy dulu sheikh”
“ buat apa nak kalut-kalut, relaks bro”

Dah lah bertangguh, kadang-kadang xsempat pun dia buat apa yang sepatutnya dia selesaikan, kemudian menyesal dan salahkan orang lain kenapa xingatkan dia,aduh sangat bermasalah.

Penyelesaiannya kita kena sedar di mana kita sekarang? apa yang perlu kita buat?Apa yang kita nak capai sebenarnya? Supaya kita sentiasa bersedia dan merancang sesuatu untuk diri supaya lebih maju kehadapan bukannya semua orang nak aturkan untuk kita, banyak cantik muka kau…ingat tadika ke?

Antara petua yang boleh dikongsikan berdasarkan pengalaman bersama rakan-rakan yang berjaya

1) Diorang ni ada buku catatan/note pad yang dalamnya tercatat segala perancangan nak buat sepanjang hari kadang sepanjang minggu n sepanjang bulan, memang nampak leceh tapi itu yang membuat diorg tahu apa nak buat lepas kelas, apa nak buat waktu free, apa nak buat kat bilik nanti.(serius sangat tersusun).
2) Diorang ada planner sendiri, dalam planner terisi dengan trikh submit assignment, trikh exam,program, meeting, semua trikh2 penting ada tercatat dalam planner supaya semua xterlepas pandang dan xdelah asyik-asyik tanya orang lain bila ek hantar tugasan?bila exam ek? Jangan salahkan orang lain kalau kita gagal.
3) Kurang tidur salah satu sikap yang wajar dicontohi, memadai tidur dari jam 12 mlm sehingga jam 5 pg dan ditambah lagi dengan solat tahajud membuatkan mereka lebih proaktif di siang hari.
4) Dan akhir sekali, golongan ni bukanlah ulat buku atau budak skema yang belajar 24 jam, diorng ni nakal gak tapi ada matlamat hidup, mudah bergaul dengan bermacam-macam jenis orang dan mudah mesra plak tu..secara xlangsung imej,kata-kata,peribadi menjadi contoh kepada orang lain untuk turut berjaya bukan dengan kata-kata tetapi dengan tindakan.

mereka menjadi pendorong kepada saya untuk terus maju kehadapan, terima kasih kawan-kawan

dalam mathurat kita selalu baca doa Rasulullah s.a.w : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Salam hormat daripada saya yang masih belajar.

Al haqir-wal-faqir ilal Llah.

Wallahualam..

p/s ; kita tengok sapa yang kena tembak, saya dh kena tembak dulu dh

No comments:

Post a Comment