Powered By Blogger

Tuesday 17 September 2013

Bukti cinta kita kepada Rasulullah s.a.w


selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar tibanya maulidurrasul tetapi di biasakan setiap hari untuk melafazkannya supaya hati kita terasa sentiasa rindu kepada baginda dan tidak cukup dengan itu segala suruhan dan sunnah baginda kita amalkan

bukan sekadar berjubah,serban, cara mkn atau minum,adab n etika, mahupun akhlak baginda tetapi perjuangan dakwah baginda yang xpernah kenal erti kepenatan, dakwah dan tarbiyah kepada para sahabat sehingga ke pelusuk dunia, membimbing manusia dari jalan penyembahan berhala kepada penyembahan Allah.s.w.t..

Allahurabbi ini sebenarnya sunnah nabi yang terbesar kian kita tinggalkan...

ramai yang ahli ibadah yg tertipu dan bermain-main, mereka lupa tgjjwab untuk mencegah kemungkaran dan menyebarkan dakwah n tarbiyah, mereka hnya fokus amal ibadah untuk diri tanpa menghirau apa yang berlaku kepada masyarkat disekeliling yang diserang musuh dari pelbagai arah tuju....mereka merasakan bagai tidak ada apa-apa yang berlaku dan biarlah orang lain yang uruskan hal itu..



Baginda s.a.w bersama para sahabat bermati-matian menyebar islam, membina rijal-rijal dakwah, penggerak dkwah, kurang lena memikirkan masalah umat islam, ada yang terkorban, tetapi dakwah tetap diteruskan..kerehatan mereka hnya seketika kemudian sambung memikul beban tugas yang akan dipersoalkan di akhirat kelak...

1) cukupkah kebaikan hanya untuk diri kita sahaja, tanpa menyeru kepada orang lain, 2) cukupkah dengan amal ibadah kita sahaja, dengan mmbiarkan kemungkaran meratah isi bumi...
3) cukupkah dengan membiarkan orang lain yang melaksanakan tugas warisan para anbiyak ini...betapa ruginya kita...

p/s : setiap penulisan saya adalah khusus untuk diri saya dan perkongsian untuk umum..semoga bermanfaat... (^_^)V..

merdunya suara ustaz jefry al bukhori ketika berselawat...meremang bulu roma mendengarnya..

jom berselawat seketika dn merehatkan minda yang penat memikirkan masalah..jom la 



Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w bersama ustaz jefri 

No comments:

Post a Comment